Saturday, February 26, 2011

Aku Mahasiswa


Bagi memenuhi kehendak KKP bagi subjek Kemahiran kompetensi emosi, kami perlu membuat sebuah filem pendek untuk menggambarkan permasalahan serta konflik yang dialami oleh para mahasiswa dan mahasiswi. Untuk kumpulan saya, terdiri daripada 5 orang termasuk saya sendiri. Yang lain adalah, Mohd Zulfarhan, Nurul Athirah, Hedya Sasha dan Florence.

 
Dari kiri, Mohd Zulfarhan ; Nurul Athirah ; Florence ; Hedya Sasha.
  Saya diberi kepercayaan oleh ahli kumpulan untuk merancang jalan cerita dan olahan skrip serta lakon layar bagi filem pendek yang bakal dibuat. Saya memilih tajuk “Aku Mahasiswa” bagi menterjemahkan persoalan cerita yang banyak menampilkan konflik para mahasiswa yang rata-ratanya melibatkan masalah wang, tugasan dan juga cinta. Di samping itu, turut diselitkan pengalaman blok kediaman yang berhantu di sesetengah IPTA/IPTS namun kurang diberi penekanan.

Watak pocong yang dilakonkan oleh Mohd Zaki khalidy Syah
 
Filem “Aku Mahasiswa” ini menceritakan seorang mahasiswa yang menuntut di salah sebuah IPTA yang bernama Abg Zul. Abg Zul adalah seorang Mahasiswa di sebuah Institut. Di samping menjalani kehidupan seharian dan menempuh pelbagai masalah di kampus, Zul juga menjalani dunia cintanya. Dia mencintai seorang gadis yang bernama Nurul Athirah / Tyaa. Pada awalnya dia berfikir bahawa Tyaa juga mencintai dia apabila Tyaa bersetuju untuk keluar bersamanya. Namun, jangkaannya meleset sama sekali apabila Tyaa mengatakan bahawa dia tidak mencintai Zul. Zul terkilan dengan apa yang diucapkan oleh Tyaa dan berfikiran untuk menamatkan riwayatnya. Namun, mujurlah dia bukan seorang yang bodoh untuk melakukan perkara yang sia-sia tersebut.

 Kumpulan kami berjaya menghasilkan filem pendek ini dalam masa 4-5 hari termasuk shooting dan editing sekali. Untuk muzik latar, saya banyak meminjam muzik daripada filem-filem tempatan dan luar negara seperti Phobia. Turut dimuatkan adalah "Puisi Sepi" oleh Baizura Kahar yang mana amat menarik olahannya.

POSTER / Muka Depan VCD
"Aku Mahasiswa" adalah filem pendek pertama yang saya hasilkan bergenre Romantik/ jiwang. Pada hari tayangan filem pendek ini, saya berasa agak gembira melihat reaksi rakan-rakan yang turut menyukai hasil kumpulan kami. Namun, pensyarah pembimbing menasihati kami untuk fokus kepada satu tema sahaja dan memperjelaskan audio untuk bahagian dialog. Saya akui agak sukar untuk menyusun atur kembali audio kerana ketiadaan software khas untuk tujuan itu. Tambahan, semasa shooting, saya hanya menggunakan kamera digital dan tanpa bantuan mikrofon luar yang khas digunakan untuk merakam dialog percakapan. Apa-apa pun, saya berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan kami ini. InsyaAllah di masa hadapan mutu filem yang dihasilkan akan bertambah baik.





Screenshot
Kepada yang berminat ingin menyaksikan video ini, bolehlah memuat turunnya di sini, 

download link: 





2 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More