Setiap Guru Pelatih di semua cawangan Institut Perguruan seluruh Malaysia yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) wajib mengikuti Program Bina Insan Guru. Bina Insan Guru atau juga dikenali sebagai B.I.G. adalah diwujudkan dalam program PISMP ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berkualiti, berilmu pengetahuan, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Program BIG adalah amat penting dalam membentuk ketahanan fizikal dan mental para bakal guru dan ia amat memerlukan kesabaran serta kegigihan dari setiap guru pelatih. Setiap apa yang dipelajari secara teori di dalam bilik kuliah ataupun pengalaman sedia ada adalah sangat berguna untuk diapplikasikan semasa BIG.
Modul yang terdapat di dalam BIG adalah meliputi semua aspek kepentingan seorang guru. Sebagai contoh, aktiviti kembara hutan, aktiviti laut seperti kayak, khidmat komuniti, seminar-seminar dan sebagainya. Semuanya adalah penting untuk para guru pelatih pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, guru-guru baru lepasan ijazah perguruan sememangnya akan dihantar ke bahagian pedamalan. Di situlah segala pengalaman dan kemahiran yang dipelajari semasa BIG akan diapplikasikan. Pendekatan mungkin tidak sama seperti apa yang dialami semasa BIG namun cara mengapplikasi segala kemahiran yang diperolehi itu adalah tidak jauh berbeza.
Seorang guru yang sepenuhnya menjunjung aspirasi negara amat diinginkan untuk lahir ke dalam dunia pendidikan di negara kita. Tanpa seorang guru, mustahil lahirnya para peguam, polis, ahli bomba, doktor dan sebagainya di dunia ini. Semuanya bermula daripada seorang guru dan seorang pendidik. Bersesuaian dengan gelaran lain bagi guru iaitu “Arkitek Sosial”, berperanan membentuk seorang individu yang bersifat baru. Mari bersama-sama kita berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi merealisasikan impian negara.
“Anak Murid merupakan AMANAH kepada para guru.”
0 comments:
Post a Comment