Monday, February 14, 2011

Penghasilan Video

Microsoft Window Movie maker yang disediakan dalam setiap program Windows OS(operating system), sudah memadai untuk menghasilkan sebuah video klip ataupun filem. Untuk yang lebih advance, dicadangkan untuk menggunakan Vegas Pro (Produk SONY). Kedua-duanya merupakan video editing dan movie maker. Cuma, Vegas pro mempunyai lebih banyak kesan khas yang boleh digunakan berbanding Window Movie maker. Apa yang susahnya Vegas Pro ini, anda terpaksa menunggu satu tempoh masa yang lama untuk ‘save’ movie yang dihasilkan ataupun proses ‘rendering’ yang lama. Kecuali anda menggunakan laptop Apple.

Microsoft Window Movie Maker (XP)



Vegas Pro 9
Pernahkah anda mendengar tentang software Adobe After Effect? Software yang boleh digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kesan khas berbanding Vegas Pro. Kebanyakan filem hari ini menggunakan After Effect sebagai penghasil kesan khas mereka. Hebat dan agak mudah dipelajari. Cuma proses ‘rendering’ lebih kurang lambat seperti Vegas Pro juga. Saya lebih menggemari Adobe After Effect (AE) ini berbanding Vegas Pro dalam proses menghasilkan kesan khas. Saya Cuma menggunakan Vegas Pro untuk mengubah CC color. Maksudnya untuk mengubah warna keseluruhan filem supaya kelihatan lebih seperti sebuah filem.

Adobe After Effect CS4
CC Color Corection



Dengan adanya software sebegini, penghasilan filem dan video klip menjadi semakin menyeronokkan. Hasilnya pun lebih baik daripada yang tidak menggunakan sebarang kesan khas. Software ini tidak perlu kursus khas. Youtube ada banyak video tutorial yang boleh membantu anda.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More