Masjid dalam makna mikronya bermaksud rumah Allah yang didirikan oleh manusia. Sesungguhnya Allah amat menyukai manusia yang membelanjakan hartanya untuk membina sebuah masjid. Namun, pada senja zaman ini, manusia semakin lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Apabila ingin mendirikan masjid, niat seharusnya bukan untuk mendapatkan nama, bukan untuk dipuji namun ikhlas untuk mendirikan sebuah rumah Allah yang menjadi tempat beribadat kepada semua umat Islam. Daripada masjid juga kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama umat manusia.
Manakala, masjid dalam konteks makronya bermaksud Bumi ini sendiri. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Abu Dzar r.a katanya :
Aku bertanya : Wahai Rasulullah !
Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?
Rasulullah menjawab : Masjidilharam.
Aku bertanya lagi: Setelah itu masjid mana pula?
Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan masjid.
Tidak usahlah kita melihat akan kemewahan sesebuah masjid atau mencari masjid di akhir waktu tika hendak menunaikan solat kerana dimana-mana jua adalah masjid.
0 comments:
Post a Comment