Semestinya kita tidak asing dengan nama-nama seperti hantu, Pontianak, jelangkung, toyol dan sebagainya kan? Tapi kali ini, saya bukan nak membincangkan kewujudan makhluk ini namun nak berkongsi sedikit perkara tentang filem yang dihasilkan yang mana melibatkan aktiviti paranormal. Memeang tak dinafikan bahawa kewujudan syaitan, Iblis dan Jin itu adalah benar. Namun, hantu adalah sekadar jelmaan syaitan dan iblis. Memang benda-benda sebegini tidak asing lagi dalam kehidupan kita bagi kita rakyat Malaysia. Ada yang benar-benar pernah terserempak dengan makhluk sebegini. Tidak kurangnya yang terakam ‘benda’ ini dengan kamera hp dan sebagainya. Namun demikian, dalam dunia perfileman, kesan khas seperti kewujudan hantu itu tidak mustahil untuk dihasilkan. Ada yang memanipulasikan teknologi untuk menampakkan kesan hantu itu seperti real, padahal ianya rekaan semata-mata. Demi untuk meraih keuntungan dan publisiti, mereka katakan video yang dirakam itu adalah benar. Sekali lagi saya nyatakan, memang ada yang benar-benar terakam perkara sebegini, namun ada juga yang berpura-pura terakam dan mengatakan ianya benar. Daripada itu, saya mencuba untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk “Entiti Paranormal” untuk menunjukkan bahawa kesan khas sebarang aktiviti paranormal ini boleh dihasilkan dengan kepintaran komputer.
Sinopsis filem ini adalah seperti berikut:
Sekumpulan para pengkaji makhluk halus/ akhli paranormal ingin membuktikan kewujudan makhluk halus di dunia ini. Diketuai oleh Jacksen bersama dua orang volunteer / sukarelawan ingin merungkai misteri di sebuah rumah yang dipercayai ‘keras’. Para sukarelawan akan ditinggalkan di satu tempat dengan hanya berbekalkan satu unit lampu picit. Terdapat kamera merakam pergerakan mereka dan sebarang objek aneh sepanjang mereka berdaa di situ. Sekiranya mereka tidak dapat bertahan, mereka diminta untuk lari ke bilik utama untuk mendapat bantuan. Kami berjaya merakam satu objek aneh seperti Pontianak dan gangguan oleh makhluk halimunan.
Saya sengaja menggunakan sinopsis seperti itu supaya orang dapat melihat bagaimana situasi sebenar pada masyarakat kita. Maksudnya, pada tajuk cerita dan sinopsis cerita ia kelihatan benar-benar berlaku. Padahal disebaliknya, ia hanyalah rekaan. untuk filem saya ini, ingin saya perjelaskan disini bahawa segala aktiviti paranormal yang dirakam dalam video ini adalah rekaan semata dan dihasilkan dengan kemahiran komputer. manakala, lembaga seakan-akan pontianak di dalam video ini adalah dilakonkan oleh rakan saya iaitu Saberi Bin Pendi. Dengan itu, anda nilailah sendiri mana yang benar, mana yang rekaan kerana tidak semuanya adalah benar.
Full video at Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=VVJN0hdB-jU&feature=youtu.be
0 comments:
Post a Comment