Rasanya majoriti remaja sekarang ni tahu 14 Februari tu hari apa kan? Tiap-tiap tahun 14 Februari dipilih untuk meraikan hari kekasih. Hari untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, kepada sahabat dan juga kepada keluarga. Ramai menanti-nantikan hari tersebut pada setiap tahun. Tidak kurangnya di kalangan umat Islam. Ada yang menganggap hari tersebut sebagai satu titik tolak untuk melafazkan cinta, ada pula yang menganggap hari tersebut sebagai peluang untuk melepaskan nafsu. Namun, tak semuanya tahu asal-usul hari tersebut diraikan. Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat 36 iaitu:
Firman Allah yang bemaksud : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya. (Surah Al-Isra’ ayat 36)
Umat Islam seharusnya peka terhadap apa yang berlaku disekeliling mereka. Ketahui apa kejadian disebalik Hari Kekasih atau Valentine’s day tersebut. Di dalam Islam, tidak pernah di anjurkan hari seperti itu. Islam tidak pernah menetapkan hari tertentu untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada orang lain. Tidak pula melarang umatnya untuk tidak berkasih sayang selagi ia tidak menjurus ke arah penzinaan. Di dalam Al-Quran, banyak kali menggalakkan umatnya untuk berkasih sayang.
Firman Allah yang bermaksud : Dan Dialah yang mempersatukan antara hati mereka(orang yang beriman). Walaupun kamu membenlanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Anfal ayat 63)
Islam malah menggalak umatnya untuk menunjukkan kasih sayang setiap hari bukan untuk hari tertentu seperti Valentine’s Day ini. Ayuh bersama-sama kita memperbetulkan kefahaman kita tentang Hari kekasih ini. dan usahlah kita menyambut dan apalagi meraikannya.
0 comments:
Post a Comment