Assalamualaikum, apa khabar semua? Ok, hari ni saya kongsi tentang
salah satu fungsi di dalam Adobe Photoshop iaitu Photo Filter. Kepada semua
kaki-kaki kamera apa benda photo filter ni. Sebut filter pun diorang dah tau.
Photo filter ni sebenarnya lebih kurang macam satu lapisan penapis untuk
menukar mood sesuatu gambar. Sebenarnya saya pun baru tahu tentang fungsi photo
filter ni. Sebelum ni saya Cuma guna cara manual iaitu buka layer baru, lepas
tu paint keseluruhan area dengan paint
bucket kemudian set opacity mengikut kesesuaian. Namun dengan adanya fungsi
photo filter ini, ia sangat membantu untuk memendekkan masa edit sesuatu
gambar.
Ok, kita mula dengan langkah pertama.
Langkah 1
Masukkan gambar yang ingin diedit ke dalam Adobe Photoshop.
Langkah 2
Kemudian, Klik pada butang ‘create new fill or adjustment layer’ seperti
yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.
Perhatikan butang yang dibulatkan dibawah, itulah butang yang
dimaksudkan.
Kemudian Pilih ‘Photo Filter’.
Langkah 3
Setelah itu, akan keluar satu paparan baru di bahagian tepi.
Ok, sekarang kita akan mengupas serba sedikit tentang paparan di bawah.
Seperti yang anda boleh lihat, “Filter” dalam rajah di atas merujuk
kepada jenis filter yang anda ingin gunakan. Klik pada ruangan filter untuk
melihat ada pelbagai jenis filter yang anda boleh gunakan. Manakala “colour”
pula merujuk kepada warna yang anda ingin gunakan sendiri sekiranya anda tidak
minat dengan mode yang tersenarai di dalam “Filter”. Kiranya, “Filter” tu auto
la dan “colour” tu manual untuk anda setting sendiri. Dan seterusnya “density”
merujuk kepada tahap keterangan filter yang dipilih. Sekiranya anda tinggikan
“density” maka warna filter yang anda pilih akan semakin menyerlah. Anda boleh
cuba sendiri untuk melihat fungsinya.
Ok, itu saja caranya nak guna Photo Filter. Di bawah ni ada beberapa
contoh penggunaan Photo Filter. Ok, selamat mencuba! :)
0 comments:
Post a Comment