Assalamual'aikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam bahagia kpd semua..
Post kali ni tentang filem pendek terbaru yang kami (mewakili ArzmhyerMeaw© Productions Crew & PISMP 1111 Pengajian Sosial) yang dihasilkan untuk mengikuti pertandingan video sempena Minggu Bahasa Melayu pada 3 minggu yang lepas.
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar IPG yang berusaha mengangkat bahasa Melayu yang kian dilupakan pada tahun 2020. Konflik terjadi apabila Felix cuba menghalang usaha Zul dan rakan-rakan untuk melaksanakan program bahasa di sekolah. Namun akhirnya Zul berjaya menyedarkan Felix untuk bersama-sama mengangkat bahasa Melayu yang mana merupakan Bahasa Jiwa Bangsa rakyat Malaysia. Memang sinopsis dia macam tak ada kaitan dengan tajuk kan? Tajuk asal citer ni ialah Pejuang Bangsa, tapi rasanya lebih elok guna satria Iptar je la.. :D
Ini adalah percubaan kali pertama kami untuk menghasilkan filem yang mengetengahkan watak utama yang berkostum. Pada awalnya nak buat hero yang pakai topeng full, tapi 2 kali dah cuba buat tapi tak berjaya. Jadi memandangkan masa yang tinggal untuk submit video pun makin singkat, jadi kitorang terpaksa tukar pelan kepada hero yang bertopeng separuh. Terima kasih la kepada Zulfarhan ( watak utama citer ni) sebab sudi pakai kostum tu.. haha..
Semasa penggambaran, semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Lagipun, pelakon-pelakon utama citer ni memang berbakat, professional dah. Ntah berapa banyak filem dah diorang berlakon. Hahaha.. Cuma yang tidak berjalan lancar ialah apabila perisian untuk edit muvi pulak buat hal. Sebelum ni, saya biasa guna Window movie maker untuk edit dan render muvi. Tapi kali ni, movie maker saya pulak dah takleh nak guna. Terpaksa la guna Sony Vegas pro. Dengan user interface yang baru, banyak benda yang saya tak faham. Tu la yang menyukarkan proses editing muvi. Tambah lagi masalah bila saya kehabisan stock muzik latar. Dalam satu malam nak kena edit effect, arrange flow muvi, arrange muzik memang makan banyak masa. Memang jadi panda la edit video malam tu. Last2, sampai pagi pun masih tak siap juga.
Akhirnya, filem ini dihantar dalam keadaan yang lebih kurang half-boiled la. Sebenarnya saya tak puas hati lagi dengan muvi yang diedit kerana banyak masalah dari segi susunan muzik dan flow muvi. Tapi, atas sebab kesuntukan masa, terpaksa juga hantar hasil yang tak berapa nak best bagi saya.
Memang saya tak puas hati sangat dengan hasil tu. Lagipun, video ni harapan kawan-kawan, mana tak bertambah rasa bersalah bila hasil yang kita buat tu tak memuaskan?
Tapi, tak sangka pula, kawan-kawan saya suka dengan video tu. Ai Yong & Douvis, trima kaseh byk2 dgn takorg 2 sbb suka video ya. :)
Dan terima kasih jwak dgn Zul, Felix, Flo, Steff, Epi, Atoi & Zaki sbb brik sokongan. Geng2 lain pun TQ dgn takorg suma.
Minta maaf dengan suma kawan-kawan, saya gagal menghasilkan yang terbaik kali ni. Filem pendek ini akan di edit semula pada hujung tahun ini untuk penambahbaikan.
Mari tengok serba-sedikit babak dalam filem pendek ini.
Sih Ai Yong dengan Teknologi Masa Depan |
Perancangan untuk menghasilkan sistem Satria Iptar |
Percubaan Pertama Zul untuk menggunakan sistem Satria Iptar |
Pelakon-Pelakon Professional |
Zaki pemegang watak Shankar |
Elfi dan Felix pemegang watak antagonis. |
Mohd Khalid (Atoi) pemegang watak Pembaca Berita (?) |
Felix Soul pemegang watak Wartawan yang bernama Sole-Sole |
Terima kasih kpd Soul yg sudi melakonkan watak wartawan ni. Memang best lakonan dia!
Di sekitar Set Penggambaran.
Epi kepenatan hahaha.. |
Training |
Akhir sekali untuk entri kali ni, saya berharap kawan-kawan sumer tak give up la untuk terus berlakon (?) haha.. Saya minta maaf di atas kegagalan saya yg ntah dah brapa kali dh asyik gagal, tapi ArzmhyerMeaw© Productions akan tetap berusaha. Tak akan putus asa! XD
0 comments:
Post a Comment