Friday, January 16, 2015

TAMAT PENGAJIAN




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum kepada yang membaca entri ni. Agak-agaknya masih sempat untuk ucap selamat datang kepada tahun 2015 kan? Coretan kali ni hanya berbentuk satu perkongsian pengalaman. Jadi, kepada pembaca yang sedang membaca sekarang, jangan baca kalau tak nak masa anda terbuang. Hahaha..

Sesuai dengan tajuk, “Tamat Pengajian” di mana dengan berakhirnya tahun 2014 berakhirlah sesi pengajian saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. 5 Tahun setengah lamanya menimba ilmu, kemahiran, pengalaman, pahit manis dan berbagai lagi perkara saya perolehi sepanjang berada di Institut Pendidikan Guru. Tidak terasa, masa bergerak begitu pantas.

Apa yang boleh saya katakan, tahun 2014 adalah merupakan tahun akhir pengajian saya dan sememangnya sebagai bekas pelajar tahun akhir, semester tujuh dan semester lapan sememangnya mencabar. Banyak sangat benda nak buat. Tapi pengalaman tu semuanya berguna. Antaranya yang saya tak boleh nak lupa ialah sambutan Maulidur Rasul, praktikum, kursus terapi emosi, penghasilan Kajian Tindakan, Penyertaan dalam pertandingan Inovasi Pendidikan, Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan, Kursus Integriti, Bengkel Kesihatan Gigi, Temuduga SPP dan pelbagai lagi. Terasa rohani dan jasmani tu diuji. Kalau tak kuat, boleh jadi stress sangat! Apapun, Allah jualah yang memberi kudrat dan segala kemudahan ke atas urusan yang saya laksanakan. Alhamdulillah semuanya berjaya dilalui dengan jayanya.

Buat rakan-rakan sekelas; Douvis, Elfi, Faten, Felix, Flo, Irene, Sasha, Zul, Atoi, Zaki, Cfa, Tyaa, Rey, Aiyong dan Steff, dan rakan-rakan seperjuangan lain yang mengenali diri ini, mun ktkorg baca entri tok, terima kasih banyak-banyak ngan ktkorg di atas segala kerjasama sepanjang pengajian dan tanpa ktkorg, mungkin tidak terpijak kaki ini ke garisan penamat. Hahaha.. Hanya Allah saja mampu membalas jasa kalian. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah; En Mazlan Hj Junaidi, En John Brodi, Pn Hjh Adibah, En Abuseni dan semua pensyarah yang pernah mencurah ilmu kepada kelas PISMP 1111 Pengajian Sosial, terima kasih di atas kesabaran sepanjang mencurah ilmu kepada kami. Wah.. ni dah macam refleksi ni. Haha..

Akhir kalam, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menamatkan pengajian pada tahun lepas dan tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Semoga dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang menuntut di Institut Pendidikan Guru akan saya manfaatkan di sekolah nanti. InsyaAllah.
 
Asslamualaikum wbt.   






Tuesday, February 11, 2014

Menyapu Ruangan Blogku



      Untuk sekian lamanya, ruangan blog ini tidak di update. Bukan apa, kadang-kadang sibuk sangat dengan macam2 benda smpai tak ada masa nak mengepost post baru. Apa pun, skarang nak update sesuatu la untuk post kali ni. Waktu-waktu sebelum ni bukannya saya tak nengok blog ni, sy bukak, view mcm biasa Cuma x update je post. Pernah juga tngok2 kat ruangan chat kat tepi ni, ada yang request cara untuk cantum gambar., jangan risau, akan diusahakan.

Sepanjang ketidak-aktif-an saya di blog ni, saya sebenarnya aktif menguruskan channel Youtube saya. Kalau free-free tu, bolehla berkunjung ke channel saya di youtube, 
https://www.youtube.com/user/ArzmhyerMeaw/featured

Kat sana saya kongsikan beberapa video hasil karya sendiri bersama rakan-rakan seperjuangan yang dengan rela hati menjadi pelakon-pelakon tanpa gaji. Terima kasih sangat-sangat kepada semua barisan pelakon yang sudi menyumbang tenaga dan bakat di bawah ArzmhyerMeaw© Productions. Cuba la tengok-tengok video kat sana dan jangan lupa komen ok?

Seterusnya nak kongsi sedikit, berkenaan post saya yang terdahulu, iaitu cerpen: bercinta dengan roh, telah pun berjaya dijadikan sebuah filem pendek dengan durasi selama 49 minit termasuk intro dan kredit. 


 
        Seperti yang dirancang, filem pendek ini dirakam menggunakan bahasa iban. 49 minit durasi? filem pendek? Ya, tak berapa nak pendek kan? Sebenarnya tak expect pun durasi cerita tu sampai 49 minit. Tajuk filem sememangnya tak sama dengan cerpen asal. 



         Semaya Tua ialah tajuk yang telah dipilih atas kata sepakat barisan pelakon sendiri dan krew produksi. Video ni boleh anda tonton di channel youtube ArzmhyerMeaw© Productions. Ulasan lebih lanjut berkenaan filem pendek ni akan saya ulas pada post yang seterusnya.


        Akhir kalam, berbanyak-banyak terima kasih kepada para followers yang masih setia mem-follow blog saya dan kepada silent reader(s) kalau ada, terima kasih kerana sudi singgah ke sini.

Selamat berblogging dan salam sejahtera.
Assalamualaikum.

Saturday, January 26, 2013

Sajak : Eyes Can Tell by Sih Ai Yong


     Assalamualaikum.. Ini sajak kedua hasil nukilan Sih Ai Yong kawan saya. Tajuknya Eyes Can Tell yang mana membawa maksud mata kita boleh mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku. Betul kan? dalam sesetengah perkara yang berlaku, tak perlukan sebarang penjelasan pun, mata kita tahu apa yang sebenarnya berlaku. Inilah yang cuba diketengahkan dalam sajak ini. Anda hayatilah dan fahamilah maksud tersurat dan tersirat dalam bait-bait kata sajak tersebut.

Title: Eyes can tell

You can tell lies
You can play with words
You can act to be true
You can even cry to be trust

They might believe you
They might trust you
They might feel sorry for you
They might also sympathized towards you

But...
One thing you should know
That you should bear in mind
That eyes can tell...

by: Sih Ai Yong

Tuesday, January 22, 2013

Sajak : Self-Regret by Sih Ai Yong



      Assalamualaikum.. Kali ni nak kongsi tentang sajak pula. Tapi sajak ni bukan saya yang tulis, rakan saya iaitu Sih Ai Yong. Sajak yang bertajuk 'self-regret' ni mungkin bersifat negatif, namun sajak adalah salah satu medium untuk meluahkan rasa yang terpendam. So, tak ada masalahnya nak tulis pasal apa pun. Apa pun, sajak ni kalau difikirkan balik, mungkin ada yang akan faham apa yang dimaksudkan sebenarnya dan kita pernah lalui saat-saat seperti yang tercatat dalam sajak tersebut.


Title : Self Regret

Life must be hard to you,
Each time there's darkness,
It comes to mind,
Stepping back,
Losing hope,
Throwing all the destiny that
might be miracle,
Hopeless until the end,
without giving it another place
to turn to
You lost...
to yourself...

 by: Sih Ai Yong

Friday, January 4, 2013

Selamat Tahun Baru! 2013


                       Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Anda semua apa khabar? Apa-apa pun selamat menyambut tahun baru buat semua. Semoga tahun ini bakal mengukir pelbagai memori indah dalam hidup anda disamping memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Ingat balik apa yang berlaku pada tahun lepas, mana yang buruk tu kita tinggalkan. Mana-mana perkara baik yang dibuat tahun lepas tu boleh la kekalkan dan pertingkatkan lagi. Masa sentiasa bergerak ke hadapan, so kehidupan kita juga harus berubah menjadi lebih baik dan bukannya semakin mundur dan ke belakang. Kalau boleh, awal-awal tahun macam ni boleh la buat perancangan nak buat apa untuk tahun ni. Tetapkan matlamat nak capai apa supaya kita ada tujuan dan misi untuk dilaksanakan. dengan itu tak la hidup menjadi hambar dan membosankan. Takkan tiap-tiap hari nak lakukan benda yang sama kan? At least kita boleh variasikan rutin harian kita.

Apa pun, saya ucapkan selamat berusaha untuk semua di tahun baru ini semoga bersama-sama kita dapat menghadapi semua cabaran yang datang. Dan ingatlah, ujian yang datang itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Oleh itu, jangan persalahkan diri atau persalahkan keadaan mahupun keadaan sekeliling di atas masalah yang dihadapi. Allah tidak akan mendatangkan ujian yang berat yang mana hambanya tidak mampu selesaikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu.


Berkaitan dengan perancangan, tahun ni saya pun ada membuat perancangan, tapi tak tahu la berjaya ataupun tidak. Apa yang penting kita cuba la kan? Jadi tahun ni saya merancang bersama rakan saya untuk membuat satu filem pendek yang menggunakan Bahasa Iban sebagai bahasa utama. Disamping menghiburkan dan menyampaikan pengajaran, filem pendek ini juga adalah untuk promote Bahasa Iban kepada orang lain. Dari perancangan saya setakat ini, filem pendek ini adalah bertemakan cinta dan skripnya akan diuruskan oleh rakan saya sebab saya memang tak pandai pun Bahasa Iban., tapi sikit-sikit tu saya faham la. Hahahaha.. So, apa-apa perkembangan akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih sebab membaca entri ni.  :)

Tuesday, January 1, 2013

Bukut Short Film




        Assalamualaikum buat semua pembaca blog ni. Entri kali ini adalah berkaitan dengan filem pendek yang saya rakam pada hujung tahun 2012 yang lepas. Filem pendek ni mengambil masa dua hari untuk proses Pre-production. Maksudnya untuk siapkan skrip, storyboard semua tu termasukla shooting. Manakala untuk proses post-production ni mengambil masa agak lama atas sebab final output yang kurang memuaskan saya. Ada masalah dari segi audio, video ratio dan macam-macam la. Apa pun, filem pendek ni dah berjaya di release kan (Alhamdulillah). 

Sreenshot 1


Screenshot 2

         Filem pendek ni menggunakan bahasa Melayu Sarawak, namun bukan yang standard. Filem pendek ni menggunakan dialek setempat, dialek dari kampung halaman saya sendiri iaitu Debak. Saya mengambil tema yang paling mudah iaitu berkaitan dengan sifat kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain. Mengisahkan Achik (Mohd Hazlami) yang telah dihasut oleh Gobot (Mohd Rani) untuk memukul Abu Rashid (Abu Rashid) di atas sebab telah mencuri ayam milik Achik. Padahal Abu Rashid tidak bersalah, namun tanpa usul periksa Achik telah menuduh Abu Rashid dan terjadinya pergaduhan. Namun, akhirnya kebenaran telah terbongkar apabila Gobot mengaku bahawa dialah yang sebenarnya telah mencuri ayam Achik.


         Filem pendek ni memang ringkas, tapi ambik masa juga sebab pelakon-pelakon kerap kali ketawa. Lagipun, sebenarnya untuk babak bertumbuk untuk last scene tu sepatutnya lebih panjang dari tu, namun, memandangkan pada waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 6 petang, maka cerita ni terpaksa disingkatkan menjadi sebegitu rupa. Jadi, kalau anda nak tengok filem ni, boleh la klik link di bawah. Kalau tak faham bahasa yang digunakan, subtitle boleh di download dari mediafire (link ada kat bawah). Terima kasih dah baca entri ni dan selamat menonton. :)








Tuesday, December 11, 2012

Edit Gambar: Seperti Instagram iPhone


Assalamualaikum semua.. Ok, hari ni saya akan berkongsi cara untuk edit gambar lebih kurang sama macam apllikasi Instagram yang ada di dalam iPhone. So, kepada sapa-sapa tak mampu nak beli iphone tu, boleh la ikut tutorial ni, ok?

Langkah 1
Masukkan gambar yang ingin di edit ke dalam Adobe Photoshop.



Langkah 2
Klik pada Layer>New Adjustment Layer>Levels.. dan Klik OK.



Langkah 3
Setelah itu perhatikan paparan di sebelah kanan.
Tukarkan mode “RGB” kepada “Blue”
Kemudian masukkan “output level” sebanyak 125.

Anda akan dapat hasil seperti berikut:


Langkah 4
Kemudian, klik pada Layer>New Fill Layer>Solid Color.. dan klik OK.




Kemudian akan keluar satu paparan yang meminta anda memilih warna. Taipkan di ruangan bertanda # seperti di dalam rajah dengan nilai “f6ddad”. Setelah itu, klik OK.


Tukarkan blending mode kepada “Multiply”.



Langkah 5
Ok,kita dah semakin hampir kepada penghujung. Selepas ini kita akan mengubah kontras dan kadar kecerahan gambar ini. Untuk itu, klik pada butang bulat seperti yang terdapat dalam rajah dan pilih ‘Curves’.



Apabila anda telah memilih Curves, satu paparan baru akan keluar di bahagian tepi sebelah kanan.



Setelah itu, halakan pointer tetikus anda betul-bteul di bahagian tepi ( seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah di bawah ) sehingga anda melihat Output dan Inputnya sama dengan 0. Apabila anda melihat output dan inputnya sama dengan 0, barulah anda klik disitu.




Apabila anda klik di situ, kotak akan muncul pada output dan input seperti di bawah. 


Seterusnya, anda taipkan ke dalam kotak Output = 38 , sementara input biarkan 0.
Setelah dimasukkan angka tersebut, keluk graf akan berubah seperti berikut.



Seterusnya ialah anda perlu membuat point baru dengan klik pada point yang ditunjukkan oleh anak panah di bawah. 



Taipkan Output = 75 dan Input = 70. Dan secara automatik keluk akan berubah sekali lagi.




Dan untuk langkah terakhir, anda klik pada point yang ditunjukkan oleh anak panah di bawah.



Setelah itu, masukkan Output = 203 dan Input = 167, dan keluk akan kelihatan seperti di bawah.


Sekarang lihat gambar anda dan itulah hasilnya. Menarik bukan? Haha.. Teknik ini juga sangat menarik untuk gambar panorama seperti sunset dan sebagainya. Selamat Mencuba!


Di bawah adalah perbandingan antara gambar yang sebelum dan selepas diedit.


Di bawah pula adalah beberapa contoh lain gambar yang diedit menggunakan teknik ini.





Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More