Assalamualaikum
dan salam sejahtera buat semua pembaca. Anda semua apa khabar? Apa-apa pun
selamat menyambut tahun baru buat semua. Semoga tahun ini bakal mengukir
pelbagai memori indah dalam hidup anda disamping memperbaiki diri menjadi insan
yang lebih baik. Ingat balik apa yang berlaku pada tahun lepas, mana yang buruk
tu kita tinggalkan. Mana-mana perkara baik yang dibuat tahun lepas tu boleh la
kekalkan dan pertingkatkan lagi. Masa sentiasa bergerak ke hadapan, so
kehidupan kita juga harus berubah menjadi lebih baik dan bukannya semakin
mundur dan ke belakang. Kalau boleh, awal-awal tahun macam ni boleh la buat
perancangan nak buat apa untuk tahun ni. Tetapkan matlamat nak capai apa supaya
kita ada tujuan dan misi untuk dilaksanakan. dengan itu tak la hidup menjadi
hambar dan membosankan. Takkan tiap-tiap hari nak lakukan benda yang sama kan?
At least kita boleh variasikan rutin harian kita.
Apa
pun, saya ucapkan selamat berusaha untuk semua di tahun baru ini semoga
bersama-sama kita dapat menghadapi semua cabaran yang datang. Dan ingatlah,
ujian yang datang itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Oleh
itu, jangan persalahkan diri atau persalahkan keadaan mahupun keadaan
sekeliling di atas masalah yang dihadapi. Allah tidak akan mendatangkan ujian
yang berat yang mana hambanya tidak mampu selesaikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu.
Berkaitan
dengan perancangan, tahun ni saya pun ada membuat perancangan, tapi tak tahu la
berjaya ataupun tidak. Apa yang penting kita cuba la kan? Jadi tahun ni saya
merancang bersama rakan saya untuk membuat satu filem pendek yang menggunakan
Bahasa Iban sebagai bahasa utama. Disamping menghiburkan dan menyampaikan
pengajaran, filem pendek ini juga adalah untuk promote Bahasa Iban kepada orang
lain. Dari perancangan saya setakat ini, filem pendek ini adalah bertemakan
cinta dan skripnya akan diuruskan oleh rakan saya sebab saya memang tak pandai
pun Bahasa Iban., tapi sikit-sikit tu saya faham la. Hahahaha.. So, apa-apa
perkembangan akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih sebab membaca entri ni. :)
2 comments:
Can't wait. :3
Hahaha.. Ok, TQ :D
Post a Comment