Sunday, August 21, 2011

EDIT GAMBAR BARU MENJADI GAMBAR LAMA

 Ok, Kali ni saya nak ajar cara macam mana nak edit gambar supaya nampak macam zaman lama. Contohnya macam gambar kat atas. Yang sebelah kiri tu hasil terakhirnya dan yang sebelah kanan tu gambar yang ori. Software yang digunakan adalah Adobe Photoshop CS3. Ok, mari kita mulakan.


1- Mula-mula, import gambar yang nak di edit ke dalam photoshop.

2- Lepas tu, right-click pada layer background kat tepi tu dan pilih 'Duplicate'.

3- Pergi ke Image>Adjustments...>Hue & Saturation.


4- Terlebih dahulu klik kotak 'colourize'. Kemudian edit ikut kesesuaian anda. Untuk saya, saya pilih Hue:32, Saturation:26 dan Lightness:4. Anda akan dapat lihat hasilnya dibahagian belakang dengan klik pada kotak 'Preview' di bawah sebelah kanan kotak menu Hue dan Saturation tersebut.



5- Sekarang, anda tinggalkan sekejap photoshop ni. Anda pergi ke Google image dan taip Wrinkled Paper. Pilih dan muat turun mana yang anda suka.
Untuk saya, saya telah memilih gambar seperti di bawah. Seterusnya import masuk gambar tersebut ke dalam Photoshop.

6- Klik pada bahagian atas(seperti ditunjukkan dalam gambar) dan pilih 'Move to New Window'.

7- Pilih/klik tool (yang ditunjukkan oleh anak panah). 

8- Gunakan tool itu untuk menarik (Drag and Drop) gambar kertas tersebut kepada gambar yang kita ingin edit tadi.


9- kemudian, tekan Ctrl+T untuk resize gambar kertas tersebut supaya selari dengan gambar asal kita. 

10- Bila dah selari, klik tanda betul(ditunjukkan anak panah)

11- Lihat pada bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah, klik di situ dan pilih Overlay untuk blending mode-nya.



12- Lepas tu, duplicate layer kertas tersebut. Cara sama seperti yang diterangkan di atas.



13- Langkah seterusnya, klik pada layer 'background'.Lepas tu klik Layer>New>Layer..
apabila keluar menu baru, klik ok.



14- Klik pada paint tool (ditunjukkan oleh anak panah) dan pastikan warna pilihan anda adalah hitam (yang ditunjukkan oleh bulatan). 

15- Kemudian klik pada tengah-tengah gambar tersebut.Jika anda perasan, layer ditepi itu sudah menjadi hitam.


16- lepas tu pergi ke layer 'background copy' dan pilih lasso tool (yang ditunjukkan oleh anak panah).

17- lepas tu pastikan feather di taip pada kadar 15.

18- Dengan menggunakan lasso tool, anda lukis line di sekeliling gambar sesuka hati anda.

19- Setelah siap, klik pada select>inverse. kemudian tekan butang del(delete) pada keyboard anda.



20- dan anda akan dapat hasilnya.


Itulah cara-caranya. senang kan?? Selamat mencuba!







Sunday, July 10, 2011

EDIT GAMBAR: MENCERAHKAN GAMBAR YANG GELAP


Mungkin masih ramai yang tak tahu macam mana nak mencerahkan gambar yang gelap kan? Mungkin masih pernah ada yang cakap, “semua gambar aku ambik, rosakla sebab gelap sangat.” Kali ni, saya nak kongsi sikit cara nak cerahkan gambar-gambar yang terlampau gelap tu. Mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Software yang diperlukan ialah Adobe Photoshop. Tak kirala version yang keberapa, tapi untuk tutorial ni saya guna Adobe Photoshop CS3.

Disini saya akan tunjukkan dua cara bagaimana nak cerahkan balik gambar-gambar yang gelap.
contoh hasil terakhir




 Mula-mula, bukan perisian Adobe Photoshop anda. Kemudian, klik pada FILE, kemudian pilih OPEN.

Setelah itu, anda akan dapat melihat paparan seperti yang dibawah. Kemudian, anda locate dan cari gambar yang anda ingin edit.



Untuk tutorial ini, saya memilih gambar seperti yang berikut.
Agak gelap bukan? Ok, kita akan cerahkan gambar tersebut. 



CARA PERTAMA: Pertama sekali, klik pada IMAGE, kemudian pilih ADJUSTMENT dan klik  CURVES.



Setelah itu, anda akan dapat paparan seperti dibawah.


Untuk pengetahuan anda, bagi yang baru guna Photoshop ni, line lurus di tengah tu boleh digerakkan dan membentuk garisan yang melencong dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat mengubah kecerahan gambar sama ada menjadi terang ataupun gelap. Untuk tujuan itu, silakan anda mencubanya sendiri sehingga anda puas hati dengan hasilnya. Saya mengubah titik garis seperti berikut.



Seperti yang anda boleh lihat, kecerahan gambar berubah apabila garisan tadi diubah.


Anda akan dapat hasil seperti berikut.



CARA KEDUA: Buka gambar yang anda ingin edit sama seperti langkah permulaan di atas.
Seterusnya, untuk cara kedua ini, anda Klik pada IMAGE, pilih ADJUSTMENT dan klik pada LEVELS.






Anda akan melihat paparan seperti berikut.



Setelah itu, lihat pada anak panah kecil yang ditengah.





Untuk pengetahuan anda, anak panah tersebut boleh ditarik ke kiri dan ke kanan untuk mengubah kecerahan gambar. Silakan anda mencuba dengan sendiri untuk melihat kesannya. Untuk tujuan ini, saya telah mengubah anak panah tersebut sehingga nombornya menjadi 2.77. kemudian klik ok.



Anda akan mendapat hasil yang terakhir seperti berikut.



Nampak cerah kan? tak susah pun.. Selamat mencuba!













Wednesday, June 22, 2011

BERGANJAK SATU TAPAK

Sudah agak lama blog ni tak diupdate. Tapi, insyaAllah walaupun followers sikit je tetap akan diteruskan blog ini.

Panasonic SDR-H101
Ok, sebelum ni movie-movie pendek yang dishoot, semuanya menggunakan kamera digital 12.0 megapixel. Itu pun dipinjam dari kawan-kawan. So, masalah skit sebab mungkin clash dengan tuan punya kamera, contoh macam masa nak pinjam diorang nak guna jugak. Dah terpaksa delay lagi nak shoot.
Alhamdulillah, baru-baru ni dah beli Panasonic VideoCam. Harap-harap dengan adanya VideoCam ni, banyak la movie-movie pendek yang dapat dihasilkan. Walaupun VideoCam Panasonic ni video file dia pelik skit, tapi Alhamdulillah dapat convert dari .MOD file kepada .AVI file. Kualiti tak terlalu terjejas setelah diconvert berbanding dengan .WMV file.  

Beberapa minggu yang lalu, banyak idea tentang movie pendek yang nak dibuat. Mungkin dalam masa terdekat ni akan mula shoot. Skrip dan storyboard dah ada, Cuma tunggu masa yang sesuai.

Movie-movie tu semua akan diupload kat sini kalau website MediaFire tak kena block dengan kerajaan Malaysia. Salah satu dari movie tu ialah Pemburu Nyawa yang berkisarkan tentang manusia yang ingin menghapuskan pembunuh ibunya iaitu Pemburu Nyawa. Seterusnya, movie yang kedua dan ketiga belum ditetapkan lagi tajuknya. Movie kedua adalah berbentuk keagamaan tapi tak pasti lagi bila akan dimulakan penggambaran sebab sekarang ni masih menyiapkan skrip dan storyboardnya. Berkisarkan tentang pergolakan dalam diri individu untuk menjaga diri daripada melakukan zina. Yang ketiga tu  adalah movie percubaan untuk menghasilkan filem satria ala Kamen Rider/Masked Rider yang ada kat Jepun. Itupun tak pasti lagi bila akan dimulakan shoot sebab masih lagi sekadar idea dan belum ada skrip, Cuma jalan cerita je ada.

Kalau semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah akan diupload disini. Saya hanya merancang dan Allah jualah yang menentukan.

Friday, April 1, 2011

GURU TERULUNG ONIZAKI


Pada tahun lepas, saya dan classmate telah bersetuju untuk menyertai pertandingan menghasilkan video klip bersempena dengan bulan bahasa peringkat IPG. Bertemakan pendidikan, saya dan rakan seperjuangan telah bersetuju  untuk mengahasilkan sebuah filem bertajuk Guru Terulung Onizaki. Inspirasi daripada filem dan anime GTO (Great Teacher Onizuka) dan Gokusen.

Sinopsis: Di sebuah sekolah terdapat seorang pelajar yang paling nakal dan dikenali sebagai Zul (Mohd Zulfarhan Bin Rosmen). Dia dan dua orang rakannya Rey (Saberi Bin Pendi) dan Linda (Douvislynda AK Sumol) selalu melakukan masalah disiplin disekolah. Mereka bertiga sememangnya tidak sebulu dengan rakan-rakan lain di dalam kelas.  Sehinggalah suatu masa, ketibaan seorang guru baru yang mengubah corak hidup sekaligus mengubah masa depan Zul.  Guru Baru yang terkenal dengan slogan ‘Bicara dari minda ke hati, kacak dan prihatin’ itu dikenali sebagai Cikgu Onizaki (Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar). Beliau telah berjaya menyedarkan Linda tentang kehidupannya masa kini dan masa depan. Seterusnya, beliau berjaya mewujudkan kembali semangat sepasukan di dalam kelasnya. Akhir sekali, Zul menyedari keikhlasan hati Cikgu Onizaki apabila beliau datang menyelamatkan Zul daripada dipukul oleh dua orang samseng.

Inilah kali pertama saya menghasilkan sebuah filem yang mana hampir melibatkan kesemua rakan-rakan sekelas. Namun, ada juga rakan yang tidak terlibat seperti Nurul Athirah (Tyaa) yang pada masa itu menemani adiknya yang sakit. Namun, kejayaan dan kedukaan kami kongsi bersama apabila kumpulan kami hanya mendapat tempat kedua untuk pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun, itu tidak mematahkan semangat kami dan kami akan terus berusaha untuk berjaya dan akan terus berjaya untuk mengekalkan kejayaan, InsyaAllah.

Barisan Pelakon:
  
Cikgu Onizaki                        (Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar / Zaki)
Zul                                           (Mohd Zulfarhan Bin Rosmen / Zul)
Rey                                         (Saberi bin Pendi / Rey)
Linda                                      (Douvislynda Ak Sumol /Dou/Douvis / Dodo)
Rakan Sekelas                     (Faten Errana Binti Abu Bakar / Faten )
                                                (Irene Wong Chai Sia / Irene )
                                                (Sih Ai Yong / Ai Yong )
                                                (NurSyieffa Khairunnisa / Syieffa )
                                                (Steffilla Ak Akkie / Steff )
Samseng 1                            (Elfi Syahrul / Epi)
Samseng 2                            (Felix Rapin / Felix )

Dari kiri: Barisan Belakang: Elfi Syahrul bin Materang (pelakon). Barisan kedua: Irene Wong Chai Sia (pelakon), Sih Ai Yong (pelakon), Hedya Sasha (Pembaik Skrip), Nur Syieffa Khairunnisa Bt Zaini (pelakon), Faten Errana Bt Abu Bakar (pelakon), Saberi Bin Pendi (pelakon), Douvislynda AK Sumol (pelakon), Florence Ak Richard Ambam (Make-up artist), Heather Locklear Ak Anna Anddress (make-up artist). Duduk: Felix Rapin Ak Stephen Johnson (pelakon), Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar (pelakon), Steffilla Ak Akkie (pelakon). Depan: Mohd Zulfarhan Bin Rosmen (pelakon).

Tarikh Mula Penggambaran   : Jumaat ( 22 Oktober 2010)
Tarikh Terbitan                        : Rabu    ( 27 Oktober 2010)
                                               Khamis (18 Oktober 2010) [Edit Menggunakan Vegas Pro 9.0]

Tuesday, March 1, 2011

Entiti Paranormal


Semestinya kita tidak asing dengan nama-nama seperti hantu, Pontianak, jelangkung, toyol dan sebagainya kan? Tapi kali ini, saya bukan nak membincangkan kewujudan makhluk ini namun nak berkongsi sedikit perkara tentang filem yang dihasilkan yang mana melibatkan aktiviti paranormal. Memeang tak dinafikan bahawa kewujudan syaitan, Iblis dan Jin itu adalah benar. Namun, hantu adalah sekadar jelmaan syaitan dan iblis. Memang benda-benda sebegini tidak asing lagi dalam kehidupan kita bagi kita rakyat Malaysia. Ada yang benar-benar pernah terserempak dengan makhluk sebegini. Tidak kurangnya yang terakam ‘benda’ ini dengan kamera hp dan sebagainya. Namun demikian, dalam dunia perfileman, kesan khas seperti kewujudan hantu itu tidak mustahil untuk dihasilkan. Ada yang memanipulasikan teknologi untuk menampakkan kesan hantu itu seperti real, padahal ianya rekaan semata-mata. Demi untuk meraih keuntungan dan publisiti, mereka katakan video yang dirakam itu adalah benar. Sekali lagi saya nyatakan, memang ada yang benar-benar terakam perkara sebegini, namun ada juga yang berpura-pura terakam dan mengatakan ianya benar.  Daripada itu, saya mencuba untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk “Entiti Paranormal” untuk menunjukkan bahawa kesan khas sebarang aktiviti paranormal ini boleh dihasilkan dengan kepintaran komputer. 



Sinopsis filem ini adalah seperti berikut:
Sekumpulan para pengkaji makhluk halus/ akhli paranormal ingin membuktikan kewujudan makhluk halus di dunia ini. Diketuai oleh Jacksen bersama dua orang volunteer / sukarelawan ingin merungkai misteri di sebuah rumah yang dipercayai ‘keras’. Para sukarelawan akan ditinggalkan di satu tempat dengan hanya berbekalkan satu unit lampu picit. Terdapat kamera merakam pergerakan mereka dan sebarang objek aneh sepanjang mereka berdaa di situ. Sekiranya mereka tidak dapat bertahan, mereka diminta untuk lari ke bilik utama untuk mendapat bantuan. Kami berjaya merakam satu objek aneh seperti Pontianak dan gangguan oleh makhluk halimunan.
 
Saya sengaja menggunakan sinopsis seperti itu supaya orang dapat melihat bagaimana situasi sebenar pada masyarakat kita. Maksudnya, pada tajuk cerita dan sinopsis cerita ia kelihatan benar-benar berlaku. Padahal disebaliknya, ia hanyalah rekaan. untuk filem saya ini, ingin saya perjelaskan disini bahawa segala aktiviti paranormal yang dirakam dalam  video ini adalah rekaan semata dan dihasilkan dengan kemahiran komputer. manakala, lembaga seakan-akan pontianak di dalam video ini adalah dilakonkan oleh rakan saya iaitu Saberi Bin Pendi. Dengan itu, anda nilailah sendiri mana yang benar, mana yang rekaan kerana tidak semuanya adalah benar.

Full video at Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=VVJN0hdB-jU&feature=youtu.be


Saturday, February 26, 2011

Aku Mahasiswa


Bagi memenuhi kehendak KKP bagi subjek Kemahiran kompetensi emosi, kami perlu membuat sebuah filem pendek untuk menggambarkan permasalahan serta konflik yang dialami oleh para mahasiswa dan mahasiswi. Untuk kumpulan saya, terdiri daripada 5 orang termasuk saya sendiri. Yang lain adalah, Mohd Zulfarhan, Nurul Athirah, Hedya Sasha dan Florence.

 
Dari kiri, Mohd Zulfarhan ; Nurul Athirah ; Florence ; Hedya Sasha.
  Saya diberi kepercayaan oleh ahli kumpulan untuk merancang jalan cerita dan olahan skrip serta lakon layar bagi filem pendek yang bakal dibuat. Saya memilih tajuk “Aku Mahasiswa” bagi menterjemahkan persoalan cerita yang banyak menampilkan konflik para mahasiswa yang rata-ratanya melibatkan masalah wang, tugasan dan juga cinta. Di samping itu, turut diselitkan pengalaman blok kediaman yang berhantu di sesetengah IPTA/IPTS namun kurang diberi penekanan.

Watak pocong yang dilakonkan oleh Mohd Zaki khalidy Syah
 
Filem “Aku Mahasiswa” ini menceritakan seorang mahasiswa yang menuntut di salah sebuah IPTA yang bernama Abg Zul. Abg Zul adalah seorang Mahasiswa di sebuah Institut. Di samping menjalani kehidupan seharian dan menempuh pelbagai masalah di kampus, Zul juga menjalani dunia cintanya. Dia mencintai seorang gadis yang bernama Nurul Athirah / Tyaa. Pada awalnya dia berfikir bahawa Tyaa juga mencintai dia apabila Tyaa bersetuju untuk keluar bersamanya. Namun, jangkaannya meleset sama sekali apabila Tyaa mengatakan bahawa dia tidak mencintai Zul. Zul terkilan dengan apa yang diucapkan oleh Tyaa dan berfikiran untuk menamatkan riwayatnya. Namun, mujurlah dia bukan seorang yang bodoh untuk melakukan perkara yang sia-sia tersebut.

 Kumpulan kami berjaya menghasilkan filem pendek ini dalam masa 4-5 hari termasuk shooting dan editing sekali. Untuk muzik latar, saya banyak meminjam muzik daripada filem-filem tempatan dan luar negara seperti Phobia. Turut dimuatkan adalah "Puisi Sepi" oleh Baizura Kahar yang mana amat menarik olahannya.

POSTER / Muka Depan VCD
"Aku Mahasiswa" adalah filem pendek pertama yang saya hasilkan bergenre Romantik/ jiwang. Pada hari tayangan filem pendek ini, saya berasa agak gembira melihat reaksi rakan-rakan yang turut menyukai hasil kumpulan kami. Namun, pensyarah pembimbing menasihati kami untuk fokus kepada satu tema sahaja dan memperjelaskan audio untuk bahagian dialog. Saya akui agak sukar untuk menyusun atur kembali audio kerana ketiadaan software khas untuk tujuan itu. Tambahan, semasa shooting, saya hanya menggunakan kamera digital dan tanpa bantuan mikrofon luar yang khas digunakan untuk merakam dialog percakapan. Apa-apa pun, saya berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan kami ini. InsyaAllah di masa hadapan mutu filem yang dihasilkan akan bertambah baik.





Screenshot
Kepada yang berminat ingin menyaksikan video ini, bolehlah memuat turunnya di sini, 

download link: 





Wednesday, February 16, 2011

Tiga Pahlawan Lagenda



Pada cuti hujung tahun 2009, saya mengambil peluang tersebut untuk mempelajari software Adobe After Effect. Dengan bantuan daripada video-video di Youtube, sedikit sebanyak saya mula biasa dengan software ini. Software ini banyak kelebihannya. Menghasilkan effect seperti dalam cerita Dragonball dan juga teknik klon amat menyeronokkan. Pada mulanya memang tidak dinafikan banyak benda yang saya tak faham dengan menu paparan dalam AE tersebut. Sehingga sekarang, saya masih lagi mempelajari AE melalui internet tanpa kursus atau seminar khas. Bukan apa, area saya ni susah skit nak cari atau nak dapat kursus macam ni. Lagipun, nak cari masa yang sesuai pun agak sukar.

Teknik Klon



Effect Energy Ball seperti dalam Dragonball

Namun, hasil pembelajaran dari video-video yang didownload, saya berjaya hasilkan sebuah filem pendek bertajuk “3 Pahlawan Lagenda”. Dengan bantuan daripada anak-anak jiran sebelah rumah sebagai pelakon, saya rakam dan edit video tersebut untuk mencuba segala teknik penghasilan effect yang dipelajari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Screenshot 3 Pahlawan Lagenda


Meskipun masih banyak yang saya perlu pelajari dan masih banyak kekurangan dalam video tersebut, sekurang-kurangnya saya berpuas hati dengannya. InsyaAllah, dalam masa yang akan datang sekiranya terdapat masa luang, akan ada lagi video-video yang mempunyai kesan-kesan khas akan dihasilkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More