Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

Bukut Short Film




        Assalamualaikum buat semua pembaca blog ni. Entri kali ini adalah berkaitan dengan filem pendek yang saya rakam pada hujung tahun 2012 yang lepas. Filem pendek ni mengambil masa dua hari untuk proses Pre-production. Maksudnya untuk siapkan skrip, storyboard semua tu termasukla shooting. Manakala untuk proses post-production ni mengambil masa agak lama atas sebab final output yang kurang memuaskan saya. Ada masalah dari segi audio, video ratio dan macam-macam la. Apa pun, filem pendek ni dah berjaya di release kan (Alhamdulillah). 

Sreenshot 1


Screenshot 2

         Filem pendek ni menggunakan bahasa Melayu Sarawak, namun bukan yang standard. Filem pendek ni menggunakan dialek setempat, dialek dari kampung halaman saya sendiri iaitu Debak. Saya mengambil tema yang paling mudah iaitu berkaitan dengan sifat kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain. Mengisahkan Achik (Mohd Hazlami) yang telah dihasut oleh Gobot (Mohd Rani) untuk memukul Abu Rashid (Abu Rashid) di atas sebab telah mencuri ayam milik Achik. Padahal Abu Rashid tidak bersalah, namun tanpa usul periksa Achik telah menuduh Abu Rashid dan terjadinya pergaduhan. Namun, akhirnya kebenaran telah terbongkar apabila Gobot mengaku bahawa dialah yang sebenarnya telah mencuri ayam Achik.


         Filem pendek ni memang ringkas, tapi ambik masa juga sebab pelakon-pelakon kerap kali ketawa. Lagipun, sebenarnya untuk babak bertumbuk untuk last scene tu sepatutnya lebih panjang dari tu, namun, memandangkan pada waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 6 petang, maka cerita ni terpaksa disingkatkan menjadi sebegitu rupa. Jadi, kalau anda nak tengok filem ni, boleh la klik link di bawah. Kalau tak faham bahasa yang digunakan, subtitle boleh di download dari mediafire (link ada kat bawah). Terima kasih dah baca entri ni dan selamat menonton. :)








Saturday, November 3, 2012

Satria Iptar - Kelahiran Seorang Hero


Assalamual'aikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam bahagia kpd semua.. 
Post kali ni tentang filem pendek terbaru yang kami (mewakili ArzmhyerMeaw© Productions Crew & PISMP 1111 Pengajian Sosial) yang dihasilkan untuk mengikuti pertandingan video sempena Minggu Bahasa Melayu pada 3 minggu yang lepas. 

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar IPG yang berusaha mengangkat bahasa Melayu yang kian dilupakan pada tahun 2020. Konflik terjadi apabila Felix cuba menghalang usaha Zul dan rakan-rakan untuk melaksanakan program bahasa di sekolah. Namun akhirnya Zul berjaya menyedarkan Felix untuk bersama-sama mengangkat bahasa Melayu yang mana merupakan Bahasa Jiwa Bangsa rakyat Malaysia. Memang sinopsis dia macam tak ada kaitan dengan tajuk kan? Tajuk asal citer  ni ialah Pejuang Bangsa, tapi rasanya lebih elok guna satria Iptar je la.. :D

Ini adalah percubaan kali pertama kami untuk menghasilkan filem yang mengetengahkan watak utama yang berkostum. Pada awalnya nak buat hero yang pakai topeng full, tapi 2 kali dah cuba buat tapi tak berjaya. Jadi memandangkan masa yang tinggal untuk submit video pun makin singkat, jadi kitorang terpaksa tukar pelan kepada hero yang bertopeng separuh. Terima kasih la kepada Zulfarhan ( watak utama citer ni) sebab sudi pakai kostum tu.. haha..

Semasa penggambaran, semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Lagipun, pelakon-pelakon utama citer ni memang berbakat, professional dah. Ntah berapa banyak filem dah diorang berlakon. Hahaha.. Cuma yang tidak berjalan lancar ialah apabila perisian untuk edit muvi pulak buat hal. Sebelum ni, saya biasa guna Window movie maker untuk edit dan render muvi. Tapi kali ni, movie maker saya pulak dah takleh nak guna. Terpaksa la guna Sony Vegas pro. Dengan user interface yang baru, banyak benda yang saya tak faham. Tu la yang menyukarkan proses editing muvi. Tambah lagi masalah bila saya kehabisan stock muzik latar. Dalam satu malam nak kena edit effect, arrange flow muvi, arrange muzik memang makan banyak masa. Memang jadi panda la edit video malam tu. Last2, sampai pagi pun masih tak siap juga. 



Akhirnya, filem ini dihantar dalam keadaan yang lebih kurang half-boiled la. Sebenarnya saya tak puas hati lagi dengan muvi yang diedit kerana banyak masalah dari segi susunan muzik dan flow muvi. Tapi, atas sebab kesuntukan masa, terpaksa juga hantar hasil yang tak berapa nak best bagi saya. 

Memang saya tak puas hati sangat dengan hasil tu. Lagipun, video ni harapan kawan-kawan, mana tak bertambah rasa bersalah bila hasil yang kita buat tu tak memuaskan? 




Tapi, tak sangka pula, kawan-kawan saya suka dengan video tu. Ai Yong & Douvis, trima kaseh byk2 dgn takorg 2 sbb suka video ya. :) 

Dan terima kasih jwak dgn Zul, Felix, Flo, Steff, Epi, Atoi & Zaki sbb brik sokongan. Geng2 lain pun TQ dgn takorg suma. 



Minta maaf dengan suma kawan-kawan, saya gagal menghasilkan yang terbaik kali ni. Filem pendek ini akan di edit semula pada hujung tahun ini untuk penambahbaikan.  

Mari tengok serba-sedikit babak dalam filem pendek ini.

Sih Ai Yong dengan Teknologi Masa Depan



Perancangan untuk menghasilkan sistem Satria Iptar

Percubaan Pertama Zul untuk menggunakan sistem Satria Iptar


Pelakon-Pelakon Professional



Zaki pemegang watak Shankar
















Elfi dan Felix pemegang watak antagonis.


Mohd Khalid (Atoi) pemegang watak Pembaca Berita (?)











Felix Soul pemegang watak Wartawan yang bernama Sole-Sole
 Terima kasih kpd Soul yg sudi melakonkan watak wartawan ni. Memang best lakonan dia!

Di sekitar Set Penggambaran.
Epi kepenatan hahaha..


Training



Akhir sekali untuk entri kali ni, saya berharap kawan-kawan sumer tak give up la untuk terus berlakon (?) haha.. Saya minta maaf di atas kegagalan saya yg ntah dah brapa kali dh asyik gagal, tapi ArzmhyerMeaw© Productions akan tetap berusaha. Tak akan putus asa! XD






Tuesday, June 12, 2012

Math Buddy

Assalamualaikum… apa khabar sumer? Kali ni saya nak kongsi sikit pasal video yang saya dan rakan-rakan shoot untuk menyertai pertandingan mencipta video klip sempena minggu Matematik peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak  yang bertajuk Math Buddy.

                Mengisahkan seorang pelajar yang benci kepada matematik cuba untuk menghapuskan ilmu matematik dari dunia ini. Dia mulakan rancangannya di IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk membunuh semua guru yang meminati matematik, supaya ilmu matematik ni tak dapat disebarkan ke sekolah lagi sekaligus menghentikannya daripada terus berkembang. Namun, mujurlah Zul dan rakannya Khalid merupakan seorang pelajar yang pintar cerdas matematik telah menyedarkan Felix daripada meneruskan niatnya.
               
Dibintangi:
                Mohd Zulfarhan Bin Rosmen sebagai Zul (watak utama protagonis)
                Mohd Khalid Bin Kamsaini sebagai Khalid (watak penting)
                Elfi Syahrul Bin Materang sebagai Elfi
                Felix Rapin Ak Stephen Johnson sebagai Felix (watak utama antagonis)
                Saberi Bin Pendi  sebagai Rey (secret admirer Sih Ai Yong)
                Mohd Zaki Khalidy Syah bin Umar sebagai Ayah kepada Felix
                Douvislynda Ak Sumol sebagai Dou (sahabat satu dalam sejuta steff)
                Florence Ak Richard Ambam  sebagai Flo the classmate
                Faten Errana Bt Abu Bakar sebagai Faten the classmate
                Hedya Sasha Abdullah sebagai Cikgu Sasha (Cikgu matematik Felix)
                Irene Wong Chai Sia sebagai Irene the classmate
                Nurul Athirah Bt Mohd sebagai Tyaa the classmate
                Nursyieffa Khairunnisa Bt Zaini sebagai Syieffa the classmate
                Sih Ai Yong sebagai Ai Yong the classmate
                Steffilla Ak Akkie sebagai Steff  (watak protagonis kedua)

                Video ni saya cuba masukkan elemen-elemen yang menggunakan green screen effect dan edit menggunakan Adobe After Effects. Hasilnya agak memuaskan, tapi jalan cerita agak kurang logik. Hahaha. Apa-apa pun, keputusan belum lagi diputuskan buat masa sekarang. Tak kisahla menang ke tak, yang penting saya tahu yang rakan-rakan saya sumernya sporting dan bagi kerjasama yang sangat baik untuk kitorang hasilkan video ni.

                Selain daripada tu, video ni, kalau korang tengok betul-betul, memeang ada kesilapan pada equation kat salah satu scene selepas watak antagonis dengan protagonis bertumbuk. Saya pun tak perasan masa kitorang shoot haritu, masa edit baru perasan. So, nak buat macam mana? Haahaa.. Dan lagi satu, saya mintak maaf pada saudari Nur Syieffa Khairunnisa kerana terlupa nak masukkan nama kat dalam credit. Sori ow cfa? Klak mun ada cta lain, kmk tulis nama ktk besar-besar.. haha..

                Anyway, pengalaman paling best masa shoot video ni adalah masa nak shoot babak bertumbuk. Kitorang mula dari pagi, (dan tengah hari – Terima kaseh banyak-banyak pada saudari Sih Ai Yong sebab sudi sponsor kitorang makanan tengah hari, hahaha!) sampaila ke pukul 7 malam baru habis shoot. Ni suma sebab practice step fighting dan shoot pada hari yang sama. Memang konpem ambil masa lama la. Nasib baik, Zul dan Felix ni memang agak berbakat, so takla sampai ke tengah malam. Haha.. 

Sih Ai Yong dan Syieffa yang datang menghantar makanan tengah hari


Zul (kiri) dan Felix (kanan) tgh bersungguh-sungguh practice


Mohd Khalid (kiri) dan Felix (kanan) cuba menghabiskan babak terakhir
Sreenshot videoklip / muvi pendek Math Buddy





Friday, April 1, 2011

GURU TERULUNG ONIZAKI


Pada tahun lepas, saya dan classmate telah bersetuju untuk menyertai pertandingan menghasilkan video klip bersempena dengan bulan bahasa peringkat IPG. Bertemakan pendidikan, saya dan rakan seperjuangan telah bersetuju  untuk mengahasilkan sebuah filem bertajuk Guru Terulung Onizaki. Inspirasi daripada filem dan anime GTO (Great Teacher Onizuka) dan Gokusen.

Sinopsis: Di sebuah sekolah terdapat seorang pelajar yang paling nakal dan dikenali sebagai Zul (Mohd Zulfarhan Bin Rosmen). Dia dan dua orang rakannya Rey (Saberi Bin Pendi) dan Linda (Douvislynda AK Sumol) selalu melakukan masalah disiplin disekolah. Mereka bertiga sememangnya tidak sebulu dengan rakan-rakan lain di dalam kelas.  Sehinggalah suatu masa, ketibaan seorang guru baru yang mengubah corak hidup sekaligus mengubah masa depan Zul.  Guru Baru yang terkenal dengan slogan ‘Bicara dari minda ke hati, kacak dan prihatin’ itu dikenali sebagai Cikgu Onizaki (Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar). Beliau telah berjaya menyedarkan Linda tentang kehidupannya masa kini dan masa depan. Seterusnya, beliau berjaya mewujudkan kembali semangat sepasukan di dalam kelasnya. Akhir sekali, Zul menyedari keikhlasan hati Cikgu Onizaki apabila beliau datang menyelamatkan Zul daripada dipukul oleh dua orang samseng.

Inilah kali pertama saya menghasilkan sebuah filem yang mana hampir melibatkan kesemua rakan-rakan sekelas. Namun, ada juga rakan yang tidak terlibat seperti Nurul Athirah (Tyaa) yang pada masa itu menemani adiknya yang sakit. Namun, kejayaan dan kedukaan kami kongsi bersama apabila kumpulan kami hanya mendapat tempat kedua untuk pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun, itu tidak mematahkan semangat kami dan kami akan terus berusaha untuk berjaya dan akan terus berjaya untuk mengekalkan kejayaan, InsyaAllah.

Barisan Pelakon:
  
Cikgu Onizaki                        (Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar / Zaki)
Zul                                           (Mohd Zulfarhan Bin Rosmen / Zul)
Rey                                         (Saberi bin Pendi / Rey)
Linda                                      (Douvislynda Ak Sumol /Dou/Douvis / Dodo)
Rakan Sekelas                     (Faten Errana Binti Abu Bakar / Faten )
                                                (Irene Wong Chai Sia / Irene )
                                                (Sih Ai Yong / Ai Yong )
                                                (NurSyieffa Khairunnisa / Syieffa )
                                                (Steffilla Ak Akkie / Steff )
Samseng 1                            (Elfi Syahrul / Epi)
Samseng 2                            (Felix Rapin / Felix )

Dari kiri: Barisan Belakang: Elfi Syahrul bin Materang (pelakon). Barisan kedua: Irene Wong Chai Sia (pelakon), Sih Ai Yong (pelakon), Hedya Sasha (Pembaik Skrip), Nur Syieffa Khairunnisa Bt Zaini (pelakon), Faten Errana Bt Abu Bakar (pelakon), Saberi Bin Pendi (pelakon), Douvislynda AK Sumol (pelakon), Florence Ak Richard Ambam (Make-up artist), Heather Locklear Ak Anna Anddress (make-up artist). Duduk: Felix Rapin Ak Stephen Johnson (pelakon), Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar (pelakon), Steffilla Ak Akkie (pelakon). Depan: Mohd Zulfarhan Bin Rosmen (pelakon).

Tarikh Mula Penggambaran   : Jumaat ( 22 Oktober 2010)
Tarikh Terbitan                        : Rabu    ( 27 Oktober 2010)
                                               Khamis (18 Oktober 2010) [Edit Menggunakan Vegas Pro 9.0]

Tuesday, March 1, 2011

Entiti Paranormal


Semestinya kita tidak asing dengan nama-nama seperti hantu, Pontianak, jelangkung, toyol dan sebagainya kan? Tapi kali ini, saya bukan nak membincangkan kewujudan makhluk ini namun nak berkongsi sedikit perkara tentang filem yang dihasilkan yang mana melibatkan aktiviti paranormal. Memeang tak dinafikan bahawa kewujudan syaitan, Iblis dan Jin itu adalah benar. Namun, hantu adalah sekadar jelmaan syaitan dan iblis. Memang benda-benda sebegini tidak asing lagi dalam kehidupan kita bagi kita rakyat Malaysia. Ada yang benar-benar pernah terserempak dengan makhluk sebegini. Tidak kurangnya yang terakam ‘benda’ ini dengan kamera hp dan sebagainya. Namun demikian, dalam dunia perfileman, kesan khas seperti kewujudan hantu itu tidak mustahil untuk dihasilkan. Ada yang memanipulasikan teknologi untuk menampakkan kesan hantu itu seperti real, padahal ianya rekaan semata-mata. Demi untuk meraih keuntungan dan publisiti, mereka katakan video yang dirakam itu adalah benar. Sekali lagi saya nyatakan, memang ada yang benar-benar terakam perkara sebegini, namun ada juga yang berpura-pura terakam dan mengatakan ianya benar.  Daripada itu, saya mencuba untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk “Entiti Paranormal” untuk menunjukkan bahawa kesan khas sebarang aktiviti paranormal ini boleh dihasilkan dengan kepintaran komputer. 



Sinopsis filem ini adalah seperti berikut:
Sekumpulan para pengkaji makhluk halus/ akhli paranormal ingin membuktikan kewujudan makhluk halus di dunia ini. Diketuai oleh Jacksen bersama dua orang volunteer / sukarelawan ingin merungkai misteri di sebuah rumah yang dipercayai ‘keras’. Para sukarelawan akan ditinggalkan di satu tempat dengan hanya berbekalkan satu unit lampu picit. Terdapat kamera merakam pergerakan mereka dan sebarang objek aneh sepanjang mereka berdaa di situ. Sekiranya mereka tidak dapat bertahan, mereka diminta untuk lari ke bilik utama untuk mendapat bantuan. Kami berjaya merakam satu objek aneh seperti Pontianak dan gangguan oleh makhluk halimunan.
 
Saya sengaja menggunakan sinopsis seperti itu supaya orang dapat melihat bagaimana situasi sebenar pada masyarakat kita. Maksudnya, pada tajuk cerita dan sinopsis cerita ia kelihatan benar-benar berlaku. Padahal disebaliknya, ia hanyalah rekaan. untuk filem saya ini, ingin saya perjelaskan disini bahawa segala aktiviti paranormal yang dirakam dalam  video ini adalah rekaan semata dan dihasilkan dengan kemahiran komputer. manakala, lembaga seakan-akan pontianak di dalam video ini adalah dilakonkan oleh rakan saya iaitu Saberi Bin Pendi. Dengan itu, anda nilailah sendiri mana yang benar, mana yang rekaan kerana tidak semuanya adalah benar.

Full video at Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=VVJN0hdB-jU&feature=youtu.be


Saturday, February 26, 2011

Aku Mahasiswa


Bagi memenuhi kehendak KKP bagi subjek Kemahiran kompetensi emosi, kami perlu membuat sebuah filem pendek untuk menggambarkan permasalahan serta konflik yang dialami oleh para mahasiswa dan mahasiswi. Untuk kumpulan saya, terdiri daripada 5 orang termasuk saya sendiri. Yang lain adalah, Mohd Zulfarhan, Nurul Athirah, Hedya Sasha dan Florence.

 
Dari kiri, Mohd Zulfarhan ; Nurul Athirah ; Florence ; Hedya Sasha.
  Saya diberi kepercayaan oleh ahli kumpulan untuk merancang jalan cerita dan olahan skrip serta lakon layar bagi filem pendek yang bakal dibuat. Saya memilih tajuk “Aku Mahasiswa” bagi menterjemahkan persoalan cerita yang banyak menampilkan konflik para mahasiswa yang rata-ratanya melibatkan masalah wang, tugasan dan juga cinta. Di samping itu, turut diselitkan pengalaman blok kediaman yang berhantu di sesetengah IPTA/IPTS namun kurang diberi penekanan.

Watak pocong yang dilakonkan oleh Mohd Zaki khalidy Syah
 
Filem “Aku Mahasiswa” ini menceritakan seorang mahasiswa yang menuntut di salah sebuah IPTA yang bernama Abg Zul. Abg Zul adalah seorang Mahasiswa di sebuah Institut. Di samping menjalani kehidupan seharian dan menempuh pelbagai masalah di kampus, Zul juga menjalani dunia cintanya. Dia mencintai seorang gadis yang bernama Nurul Athirah / Tyaa. Pada awalnya dia berfikir bahawa Tyaa juga mencintai dia apabila Tyaa bersetuju untuk keluar bersamanya. Namun, jangkaannya meleset sama sekali apabila Tyaa mengatakan bahawa dia tidak mencintai Zul. Zul terkilan dengan apa yang diucapkan oleh Tyaa dan berfikiran untuk menamatkan riwayatnya. Namun, mujurlah dia bukan seorang yang bodoh untuk melakukan perkara yang sia-sia tersebut.

 Kumpulan kami berjaya menghasilkan filem pendek ini dalam masa 4-5 hari termasuk shooting dan editing sekali. Untuk muzik latar, saya banyak meminjam muzik daripada filem-filem tempatan dan luar negara seperti Phobia. Turut dimuatkan adalah "Puisi Sepi" oleh Baizura Kahar yang mana amat menarik olahannya.

POSTER / Muka Depan VCD
"Aku Mahasiswa" adalah filem pendek pertama yang saya hasilkan bergenre Romantik/ jiwang. Pada hari tayangan filem pendek ini, saya berasa agak gembira melihat reaksi rakan-rakan yang turut menyukai hasil kumpulan kami. Namun, pensyarah pembimbing menasihati kami untuk fokus kepada satu tema sahaja dan memperjelaskan audio untuk bahagian dialog. Saya akui agak sukar untuk menyusun atur kembali audio kerana ketiadaan software khas untuk tujuan itu. Tambahan, semasa shooting, saya hanya menggunakan kamera digital dan tanpa bantuan mikrofon luar yang khas digunakan untuk merakam dialog percakapan. Apa-apa pun, saya berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan kami ini. InsyaAllah di masa hadapan mutu filem yang dihasilkan akan bertambah baik.





Screenshot
Kepada yang berminat ingin menyaksikan video ini, bolehlah memuat turunnya di sini, 

download link: 





Wednesday, February 16, 2011

Tiga Pahlawan Lagenda



Pada cuti hujung tahun 2009, saya mengambil peluang tersebut untuk mempelajari software Adobe After Effect. Dengan bantuan daripada video-video di Youtube, sedikit sebanyak saya mula biasa dengan software ini. Software ini banyak kelebihannya. Menghasilkan effect seperti dalam cerita Dragonball dan juga teknik klon amat menyeronokkan. Pada mulanya memang tidak dinafikan banyak benda yang saya tak faham dengan menu paparan dalam AE tersebut. Sehingga sekarang, saya masih lagi mempelajari AE melalui internet tanpa kursus atau seminar khas. Bukan apa, area saya ni susah skit nak cari atau nak dapat kursus macam ni. Lagipun, nak cari masa yang sesuai pun agak sukar.

Teknik Klon



Effect Energy Ball seperti dalam Dragonball

Namun, hasil pembelajaran dari video-video yang didownload, saya berjaya hasilkan sebuah filem pendek bertajuk “3 Pahlawan Lagenda”. Dengan bantuan daripada anak-anak jiran sebelah rumah sebagai pelakon, saya rakam dan edit video tersebut untuk mencuba segala teknik penghasilan effect yang dipelajari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Screenshot 3 Pahlawan Lagenda


Meskipun masih banyak yang saya perlu pelajari dan masih banyak kekurangan dalam video tersebut, sekurang-kurangnya saya berpuas hati dengannya. InsyaAllah, dalam masa yang akan datang sekiranya terdapat masa luang, akan ada lagi video-video yang mempunyai kesan-kesan khas akan dihasilkan.

Monday, February 14, 2011

Perang Parang

Sebuah video klip pendek yang bertajuk “Perang Parang” telah dihasilkan pada Oktober 2009. Pada asalnya, video klip ini dihasilkan untuk menunjukkan perkembangan Kesan khas Sci-Fi dalam dunia perfileman bagi matapelajaran Pengajian Melayu. Pada masa tersebut, saya belum lagi mempelajari software After Effect dan Vegas. 


Screenshot Perang Parang

Untuk menghasilkan pedang laser ataupun Lightsaber seperti dalam cerita Star Wars itu, saya menggunakan software “LSmaker"(Lightsaber maker). Editing menggunakan LSmaker sememangnya mencabar kerana anda terpaksa edit video tersebut daripada satu frame ke satu frame. Namun pun begitu, hasilnya agak memuaskan.



Video ini dirakam hanya menggunakan kamera Hp Nokia N70 2.0 Mega pixel format MP4. Selepas di convert menjadi format .avi, barulah boleh diedit. Terima kasih diucapkan kepada pelakon utama iaitu Mohd Zulfarhan  Bin Rosmen ( lightsaber hijau) dan Elfi Syahrul Bin Materang ( Lightsaber Merah ). =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More