Tuesday, December 11, 2012

Edit Gambar: Menggunakan Photo Filter


Assalamualaikum, apa khabar semua? Ok, hari ni saya kongsi tentang salah satu fungsi di dalam Adobe Photoshop iaitu Photo Filter. Kepada semua kaki-kaki kamera apa benda photo filter ni. Sebut filter pun diorang dah tau. Photo filter ni sebenarnya lebih kurang macam satu lapisan penapis untuk menukar mood sesuatu gambar. Sebenarnya saya pun baru tahu tentang fungsi photo filter ni. Sebelum ni saya Cuma guna cara manual iaitu buka layer baru, lepas tu  paint keseluruhan area dengan paint bucket kemudian set opacity mengikut kesesuaian. Namun dengan adanya fungsi photo filter ini, ia sangat membantu untuk memendekkan masa edit sesuatu gambar.

Ok, kita mula dengan langkah pertama.
Langkah 1
Masukkan gambar yang ingin diedit ke dalam Adobe Photoshop.



Langkah 2
Kemudian, Klik pada butang ‘create new fill or adjustment layer’ seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.


Perhatikan butang yang dibulatkan dibawah, itulah butang yang dimaksudkan.


Kemudian Pilih ‘Photo Filter’.


Langkah 3
Setelah itu, akan keluar satu paparan baru di bahagian tepi.


Ok, sekarang kita akan mengupas serba sedikit tentang paparan di bawah.


Seperti yang anda boleh lihat, “Filter” dalam rajah di atas merujuk kepada jenis filter yang anda ingin gunakan. Klik pada ruangan filter untuk melihat ada pelbagai jenis filter yang anda boleh gunakan. Manakala “colour” pula merujuk kepada warna yang anda ingin gunakan sendiri sekiranya anda tidak minat dengan mode yang tersenarai di dalam “Filter”. Kiranya, “Filter” tu auto la dan “colour” tu manual untuk anda setting sendiri. Dan seterusnya “density” merujuk kepada tahap keterangan filter yang dipilih. Sekiranya anda tinggikan “density” maka warna filter yang anda pilih akan semakin menyerlah. Anda boleh cuba sendiri untuk melihat fungsinya.

Ok, itu saja caranya nak guna Photo Filter. Di bawah ni ada beberapa contoh penggunaan Photo Filter. Ok, selamat mencuba! :)





Saturday, November 3, 2012

Satria Iptar - Kelahiran Seorang Hero


Assalamual'aikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam bahagia kpd semua.. 
Post kali ni tentang filem pendek terbaru yang kami (mewakili ArzmhyerMeaw© Productions Crew & PISMP 1111 Pengajian Sosial) yang dihasilkan untuk mengikuti pertandingan video sempena Minggu Bahasa Melayu pada 3 minggu yang lepas. 

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar IPG yang berusaha mengangkat bahasa Melayu yang kian dilupakan pada tahun 2020. Konflik terjadi apabila Felix cuba menghalang usaha Zul dan rakan-rakan untuk melaksanakan program bahasa di sekolah. Namun akhirnya Zul berjaya menyedarkan Felix untuk bersama-sama mengangkat bahasa Melayu yang mana merupakan Bahasa Jiwa Bangsa rakyat Malaysia. Memang sinopsis dia macam tak ada kaitan dengan tajuk kan? Tajuk asal citer  ni ialah Pejuang Bangsa, tapi rasanya lebih elok guna satria Iptar je la.. :D

Ini adalah percubaan kali pertama kami untuk menghasilkan filem yang mengetengahkan watak utama yang berkostum. Pada awalnya nak buat hero yang pakai topeng full, tapi 2 kali dah cuba buat tapi tak berjaya. Jadi memandangkan masa yang tinggal untuk submit video pun makin singkat, jadi kitorang terpaksa tukar pelan kepada hero yang bertopeng separuh. Terima kasih la kepada Zulfarhan ( watak utama citer ni) sebab sudi pakai kostum tu.. haha..

Semasa penggambaran, semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah. Lagipun, pelakon-pelakon utama citer ni memang berbakat, professional dah. Ntah berapa banyak filem dah diorang berlakon. Hahaha.. Cuma yang tidak berjalan lancar ialah apabila perisian untuk edit muvi pulak buat hal. Sebelum ni, saya biasa guna Window movie maker untuk edit dan render muvi. Tapi kali ni, movie maker saya pulak dah takleh nak guna. Terpaksa la guna Sony Vegas pro. Dengan user interface yang baru, banyak benda yang saya tak faham. Tu la yang menyukarkan proses editing muvi. Tambah lagi masalah bila saya kehabisan stock muzik latar. Dalam satu malam nak kena edit effect, arrange flow muvi, arrange muzik memang makan banyak masa. Memang jadi panda la edit video malam tu. Last2, sampai pagi pun masih tak siap juga. 



Akhirnya, filem ini dihantar dalam keadaan yang lebih kurang half-boiled la. Sebenarnya saya tak puas hati lagi dengan muvi yang diedit kerana banyak masalah dari segi susunan muzik dan flow muvi. Tapi, atas sebab kesuntukan masa, terpaksa juga hantar hasil yang tak berapa nak best bagi saya. 

Memang saya tak puas hati sangat dengan hasil tu. Lagipun, video ni harapan kawan-kawan, mana tak bertambah rasa bersalah bila hasil yang kita buat tu tak memuaskan? 




Tapi, tak sangka pula, kawan-kawan saya suka dengan video tu. Ai Yong & Douvis, trima kaseh byk2 dgn takorg 2 sbb suka video ya. :) 

Dan terima kasih jwak dgn Zul, Felix, Flo, Steff, Epi, Atoi & Zaki sbb brik sokongan. Geng2 lain pun TQ dgn takorg suma. 



Minta maaf dengan suma kawan-kawan, saya gagal menghasilkan yang terbaik kali ni. Filem pendek ini akan di edit semula pada hujung tahun ini untuk penambahbaikan.  

Mari tengok serba-sedikit babak dalam filem pendek ini.

Sih Ai Yong dengan Teknologi Masa Depan



Perancangan untuk menghasilkan sistem Satria Iptar

Percubaan Pertama Zul untuk menggunakan sistem Satria Iptar


Pelakon-Pelakon Professional



Zaki pemegang watak Shankar
















Elfi dan Felix pemegang watak antagonis.


Mohd Khalid (Atoi) pemegang watak Pembaca Berita (?)











Felix Soul pemegang watak Wartawan yang bernama Sole-Sole
 Terima kasih kpd Soul yg sudi melakonkan watak wartawan ni. Memang best lakonan dia!

Di sekitar Set Penggambaran.
Epi kepenatan hahaha..


Training



Akhir sekali untuk entri kali ni, saya berharap kawan-kawan sumer tak give up la untuk terus berlakon (?) haha.. Saya minta maaf di atas kegagalan saya yg ntah dah brapa kali dh asyik gagal, tapi ArzmhyerMeaw© Productions akan tetap berusaha. Tak akan putus asa! XD






Friday, November 2, 2012

Komik 4 Petak [siri 2]


 Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua yang datang melawat ke blog ini dan kepada yang membaca entri ini. Moga-moga semuanya sihat-sihat belaka. 

Kali ni saya nak kongsi lagi satu komik yang saya lukis tahun 2008 dulu. Kalau korang peminat komik 'Lawak Kampus' konpem korang perasan ada beberapa idea kat dalam komik kat bawah ni sama dengan idea kat dalam 'Lawak Kampus'. Saya terus terang cakap yang saya tak pernah pun cedok idea daripada komik tu. Memang ni adalah idea asal saya tapi lepas 2 tahun (lebih kurang la) saya lukis komik ni, barula saya terjumpa idea yang lebih kurang sama macam apa yang saya lukis kat dalam komik 'Lawak Kampus'. 

Jadi, kesimpulannya idea kitorang lebih kurang sama tapi cara persembahan yang berbeza.. ok, cukupla pot pet setakat tu. Selamat membaca. :)











Tuesday, June 12, 2012

Math Buddy

Assalamualaikum… apa khabar sumer? Kali ni saya nak kongsi sikit pasal video yang saya dan rakan-rakan shoot untuk menyertai pertandingan mencipta video klip sempena minggu Matematik peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak  yang bertajuk Math Buddy.

                Mengisahkan seorang pelajar yang benci kepada matematik cuba untuk menghapuskan ilmu matematik dari dunia ini. Dia mulakan rancangannya di IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk membunuh semua guru yang meminati matematik, supaya ilmu matematik ni tak dapat disebarkan ke sekolah lagi sekaligus menghentikannya daripada terus berkembang. Namun, mujurlah Zul dan rakannya Khalid merupakan seorang pelajar yang pintar cerdas matematik telah menyedarkan Felix daripada meneruskan niatnya.
               
Dibintangi:
                Mohd Zulfarhan Bin Rosmen sebagai Zul (watak utama protagonis)
                Mohd Khalid Bin Kamsaini sebagai Khalid (watak penting)
                Elfi Syahrul Bin Materang sebagai Elfi
                Felix Rapin Ak Stephen Johnson sebagai Felix (watak utama antagonis)
                Saberi Bin Pendi  sebagai Rey (secret admirer Sih Ai Yong)
                Mohd Zaki Khalidy Syah bin Umar sebagai Ayah kepada Felix
                Douvislynda Ak Sumol sebagai Dou (sahabat satu dalam sejuta steff)
                Florence Ak Richard Ambam  sebagai Flo the classmate
                Faten Errana Bt Abu Bakar sebagai Faten the classmate
                Hedya Sasha Abdullah sebagai Cikgu Sasha (Cikgu matematik Felix)
                Irene Wong Chai Sia sebagai Irene the classmate
                Nurul Athirah Bt Mohd sebagai Tyaa the classmate
                Nursyieffa Khairunnisa Bt Zaini sebagai Syieffa the classmate
                Sih Ai Yong sebagai Ai Yong the classmate
                Steffilla Ak Akkie sebagai Steff  (watak protagonis kedua)

                Video ni saya cuba masukkan elemen-elemen yang menggunakan green screen effect dan edit menggunakan Adobe After Effects. Hasilnya agak memuaskan, tapi jalan cerita agak kurang logik. Hahaha. Apa-apa pun, keputusan belum lagi diputuskan buat masa sekarang. Tak kisahla menang ke tak, yang penting saya tahu yang rakan-rakan saya sumernya sporting dan bagi kerjasama yang sangat baik untuk kitorang hasilkan video ni.

                Selain daripada tu, video ni, kalau korang tengok betul-betul, memeang ada kesilapan pada equation kat salah satu scene selepas watak antagonis dengan protagonis bertumbuk. Saya pun tak perasan masa kitorang shoot haritu, masa edit baru perasan. So, nak buat macam mana? Haahaa.. Dan lagi satu, saya mintak maaf pada saudari Nur Syieffa Khairunnisa kerana terlupa nak masukkan nama kat dalam credit. Sori ow cfa? Klak mun ada cta lain, kmk tulis nama ktk besar-besar.. haha..

                Anyway, pengalaman paling best masa shoot video ni adalah masa nak shoot babak bertumbuk. Kitorang mula dari pagi, (dan tengah hari – Terima kaseh banyak-banyak pada saudari Sih Ai Yong sebab sudi sponsor kitorang makanan tengah hari, hahaha!) sampaila ke pukul 7 malam baru habis shoot. Ni suma sebab practice step fighting dan shoot pada hari yang sama. Memang konpem ambil masa lama la. Nasib baik, Zul dan Felix ni memang agak berbakat, so takla sampai ke tengah malam. Haha.. 

Sih Ai Yong dan Syieffa yang datang menghantar makanan tengah hari


Zul (kiri) dan Felix (kanan) tgh bersungguh-sungguh practice


Mohd Khalid (kiri) dan Felix (kanan) cuba menghabiskan babak terakhir
Sreenshot videoklip / muvi pendek Math Buddy





Saturday, April 28, 2012

Komik 4 Petak

 Assalamualaikum sumer.. Lama dah tak update blog,. Ok! Kali ni saya post komik 4 petak yang sebenarnya dah lama dah saya lukis. Cuma saja nak share kat sini. 

Anyway, nak bagitau sikit, gambar kucing puteh berbelang oren ni merupakan maskot untuk ArzmhyerMeaw© Productions. Hehehe.. Nama dia Mamariau. Terpikir jugak nak lukis komik pasal dia. Idea dah ada, cuma tak ada masa je lagi. Tengok la nanti. hahaha. Ok, so, terima kasih la kepada yang sudi datang sini.. luangkan masa kat sini. Selamat membaca komik! Kadang-kadang kena relaks jugak.. jangan tension-tension. :) bye.

Opps! Lupa, nak bagitau, jangan risau kalau korang tengok tulisan komik ni macam kecil je. Boleh try 'Right-click' pada komik, lepas tu 'open link in the new tab', pastu zoom. konpem besar punya. Ok? Anyway, komen-komen sangat digalakkan. Dan kalau korang nak copy komik ni, boleh. Cuma bagitau la kalau nak copy ok? hehe.. bye.
 



Thursday, March 8, 2012

Doodles?



Assalamualaikum sumer.. 
Banyak dah blog yang saya dah parking, dan banyak juga dah saya jumpa perkataan "Doodles" ni. Mula-mula, blur jugak, apa benda doodle ni. Lepas search kat google, baru tau yang doodle tu semacam lukisan yang simple untuk tujuan suka-suka. So, apa pun saya rasa nak try jugak buat 'Doodles'.. Tengok la kat bawah, doodle pertama yang saya try buat. Hahaha.. tak tau la, 'doodles' ke tak lukisan ni. Apa pun, ni cuma first try, tak kesah la. 
p/s: untuk paparan lebih besar, 'right-click' pada gambar dan pilih 'open link in new tab'.





Sunday, March 4, 2012

KOMIK akumpun - "Ayam-Man"

Percubaan pertama untuk melukis dan melakukan editing komik menggunakan adobe Photoshop. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More