Tuesday, June 12, 2012

Math Buddy

Assalamualaikum… apa khabar sumer? Kali ni saya nak kongsi sikit pasal video yang saya dan rakan-rakan shoot untuk menyertai pertandingan mencipta video klip sempena minggu Matematik peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak  yang bertajuk Math Buddy.

                Mengisahkan seorang pelajar yang benci kepada matematik cuba untuk menghapuskan ilmu matematik dari dunia ini. Dia mulakan rancangannya di IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk membunuh semua guru yang meminati matematik, supaya ilmu matematik ni tak dapat disebarkan ke sekolah lagi sekaligus menghentikannya daripada terus berkembang. Namun, mujurlah Zul dan rakannya Khalid merupakan seorang pelajar yang pintar cerdas matematik telah menyedarkan Felix daripada meneruskan niatnya.
               
Dibintangi:
                Mohd Zulfarhan Bin Rosmen sebagai Zul (watak utama protagonis)
                Mohd Khalid Bin Kamsaini sebagai Khalid (watak penting)
                Elfi Syahrul Bin Materang sebagai Elfi
                Felix Rapin Ak Stephen Johnson sebagai Felix (watak utama antagonis)
                Saberi Bin Pendi  sebagai Rey (secret admirer Sih Ai Yong)
                Mohd Zaki Khalidy Syah bin Umar sebagai Ayah kepada Felix
                Douvislynda Ak Sumol sebagai Dou (sahabat satu dalam sejuta steff)
                Florence Ak Richard Ambam  sebagai Flo the classmate
                Faten Errana Bt Abu Bakar sebagai Faten the classmate
                Hedya Sasha Abdullah sebagai Cikgu Sasha (Cikgu matematik Felix)
                Irene Wong Chai Sia sebagai Irene the classmate
                Nurul Athirah Bt Mohd sebagai Tyaa the classmate
                Nursyieffa Khairunnisa Bt Zaini sebagai Syieffa the classmate
                Sih Ai Yong sebagai Ai Yong the classmate
                Steffilla Ak Akkie sebagai Steff  (watak protagonis kedua)

                Video ni saya cuba masukkan elemen-elemen yang menggunakan green screen effect dan edit menggunakan Adobe After Effects. Hasilnya agak memuaskan, tapi jalan cerita agak kurang logik. Hahaha. Apa-apa pun, keputusan belum lagi diputuskan buat masa sekarang. Tak kisahla menang ke tak, yang penting saya tahu yang rakan-rakan saya sumernya sporting dan bagi kerjasama yang sangat baik untuk kitorang hasilkan video ni.

                Selain daripada tu, video ni, kalau korang tengok betul-betul, memeang ada kesilapan pada equation kat salah satu scene selepas watak antagonis dengan protagonis bertumbuk. Saya pun tak perasan masa kitorang shoot haritu, masa edit baru perasan. So, nak buat macam mana? Haahaa.. Dan lagi satu, saya mintak maaf pada saudari Nur Syieffa Khairunnisa kerana terlupa nak masukkan nama kat dalam credit. Sori ow cfa? Klak mun ada cta lain, kmk tulis nama ktk besar-besar.. haha..

                Anyway, pengalaman paling best masa shoot video ni adalah masa nak shoot babak bertumbuk. Kitorang mula dari pagi, (dan tengah hari – Terima kaseh banyak-banyak pada saudari Sih Ai Yong sebab sudi sponsor kitorang makanan tengah hari, hahaha!) sampaila ke pukul 7 malam baru habis shoot. Ni suma sebab practice step fighting dan shoot pada hari yang sama. Memang konpem ambil masa lama la. Nasib baik, Zul dan Felix ni memang agak berbakat, so takla sampai ke tengah malam. Haha.. 

Sih Ai Yong dan Syieffa yang datang menghantar makanan tengah hari


Zul (kiri) dan Felix (kanan) tgh bersungguh-sungguh practice


Mohd Khalid (kiri) dan Felix (kanan) cuba menghabiskan babak terakhir
Sreenshot videoklip / muvi pendek Math Buddy





Saturday, April 28, 2012

Komik 4 Petak

 Assalamualaikum sumer.. Lama dah tak update blog,. Ok! Kali ni saya post komik 4 petak yang sebenarnya dah lama dah saya lukis. Cuma saja nak share kat sini. 

Anyway, nak bagitau sikit, gambar kucing puteh berbelang oren ni merupakan maskot untuk ArzmhyerMeaw© Productions. Hehehe.. Nama dia Mamariau. Terpikir jugak nak lukis komik pasal dia. Idea dah ada, cuma tak ada masa je lagi. Tengok la nanti. hahaha. Ok, so, terima kasih la kepada yang sudi datang sini.. luangkan masa kat sini. Selamat membaca komik! Kadang-kadang kena relaks jugak.. jangan tension-tension. :) bye.

Opps! Lupa, nak bagitau, jangan risau kalau korang tengok tulisan komik ni macam kecil je. Boleh try 'Right-click' pada komik, lepas tu 'open link in the new tab', pastu zoom. konpem besar punya. Ok? Anyway, komen-komen sangat digalakkan. Dan kalau korang nak copy komik ni, boleh. Cuma bagitau la kalau nak copy ok? hehe.. bye.
 



Thursday, March 8, 2012

Doodles?



Assalamualaikum sumer.. 
Banyak dah blog yang saya dah parking, dan banyak juga dah saya jumpa perkataan "Doodles" ni. Mula-mula, blur jugak, apa benda doodle ni. Lepas search kat google, baru tau yang doodle tu semacam lukisan yang simple untuk tujuan suka-suka. So, apa pun saya rasa nak try jugak buat 'Doodles'.. Tengok la kat bawah, doodle pertama yang saya try buat. Hahaha.. tak tau la, 'doodles' ke tak lukisan ni. Apa pun, ni cuma first try, tak kesah la. 
p/s: untuk paparan lebih besar, 'right-click' pada gambar dan pilih 'open link in new tab'.





Sunday, March 4, 2012

KOMIK akumpun - "Ayam-Man"

Percubaan pertama untuk melukis dan melakukan editing komik menggunakan adobe Photoshop. :)

Thursday, December 22, 2011

Edit Gambar: Fokus Satu Subjek.



Saya tengok sekarang ni, ramai jugak yang minat edit gambar stail macam kat atas ni. Jadi, bagi yang berminat, tapi tak tahu nak buat, boleh la cuba cara saya. Kita teruskan dengan tutorial.


1-      Masukkan gambar ke dalam Adobe Photoshop.



2-      Right-click pada Background kat tepi tu dan pilih “duplicate layer..”. Lepas tu klik Ok. Note: Hotkey: Ctrl+J.




3-      Pergi Image>Adjustment>Black & White.. dan klik Ok. Pastikan anda berada pada layer atas sekali ( kat dalam gambar kat bawah layer Background copy).

4-      Klik pada filter>blur>Gaussian Blur...




5-      Anak panah (warna hijau) tu boleh ditarik mengikut tahap blur yang anda inginkan. Saya memilih untuk menggunakan radius 10 pixel saja. Kalau sudah berpuas hati, klik Ok.



6-      Kemudian, pilih pemadam kat tepi sebelah kiri. Padamkan bahagian yang ingin difokus. Note: Pastikan anda berada di layer “Background copy”.






7-      Dah siap. Selamat Mencuba! Kalau nak dapat hasil macam contoh gambar yang fisrt skali tu, boleh try ubah guna curve, mungkin akan di buat tutorial nanti.

Edit Gambar : Macam Lens Auto Fokus / Manual Fokus.

Bagi orang yang tak mampu nak beli kamera macam DSLR, canon EOS tu, boleh la cuba teknik ni. Teknik ni untuk buat gambar lebih kurang sama macam gambar yang di ambik dengan kamera yang boleh fokus depan dan blur bahagian belakang atau sebaliknya.

1-      Masukkan gambar yang nak di edit ke dalam Adobe Photoshop.

2-      Right-click pada layer kat tepi tu dan pilih “duplicate layer..” dan klik ok. Kalau nak lebih mudah, Cuma perlu tekan ctrl+J untuk duplicate.


3-      Klik pada filter>blur>Gaussian Blur.. Note:Pastikan anda berada pada layer kedua (Anak panah).


4-      Bila menu ni macam ni keluar, anda boleh tarik anak panah tu ikut tahap blur yang anda suka. Untuk tutorial ni, saya gunakan radius 5.5. Kalau anda dah puas hati dengan radius yang dipilih, klik ok.
5-      Kemudian, klik pemadam kat tepi sebelah kanan tu. Lepas tu, anda boleh la padamkan bahagian yang nak difokus(contoh:bahagian merah). Note: hati-hati pilih saiz pemadam yang sesuai (Saiz pemadam boleh ditukar kat bahagian bertanda kuning).

 Untuk tutorial ni, saya pilih untuk fokus pada objek yang dekat(yang di highlight dengan warna merah.)




6-      Ok, dah siap. Selamat Mencuba!

Edit Gambar jadi Gambar Hitam Putih.

Saya nak kongsi, cara mudah macam mana nak tukar gambar berwarna jadi hitam putih. Senang je, ikut langkah kat bawah.

1 -Masukkan gambar yang anda nak edit ke dalam Adobe Photoshop.


2 -Kemudian, klik pada Image>Adjustment>Black & white. (Macam gambar rajah)

3- Menu yang keluar tu untuk adjust warna hitam putih sama ada anda nak gelap atau cerah berdasarkan warna asal gambar tersebut. Tapi, saya cadangkan, guna je default/auto. Klik je ok, tak payah ubah.

Ok, dah siap. Selamat mencuba!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More