Ok, kali ini saya nak kongsi cara nak cantum dua gambar.
Saya bukanlah expert sangat, tapi teknik mencantum gambar ni lebih dikenali
sebagai ‘Teknik SUPERIMPOSE’, contohnya adalah seperti di bawah.
Kat sebelah kiri ni gambar yang telah dihasilkan dengan mencantum/ menampal bahagian muka dengan muka orang lain. Yang sebelah kanan ni pula, hasil gambungan 4 jenis gambar berbeza.
Ok, untuk tutorial ni, saya guna dua gambar, iaitu gambar
kawan saya, Elfi Syahrul dan gambar Statue of Liberty.
Cara-caranya:
1.
Ok, pertama
sekali buka Adobe Photoshop anda. Kemudian, klik File, kemudian klik Open. Cari
gambar yang anda nak edit dan klik ok.
2.
Seterusnya,
klik sekali lagi File dan pilih gambar yang anda ingin cantumkan.
3.
Tarik bahagian tab gambar yang kedua ke bawah.
4.
Gunakan Move Tool untuk alihkan gambar kedua masuk ke
gambar pertama.
5.
Kemudian,
pergi pada ‘Edit’ dan klik ‘Free Transform’.
6.
Lepas tu,
akan kuar yang macam garis kat tepi gambar. Dengan tu, anda boleh kecil dan
besarkan gambar. Untuk tutorial ni, saya besarkan gambar dan selaraskan dengan
latar belakang.
7.
Seterusnya,
anda klik ‘Pen Tool’ kat tepi tu. Dan mula klik satu persatu sisi bahagian
gambar yang anda ingin cantumkan.
8.
Akhir sekali,
sambungkan titik tersebut pada titik mula yang pertama sekali anda buat tadi.
PERHATIAN, anda boleh menyambung titik tersebut apabila anda mendapati ada satu
bulatan kecil muncul apabila anda membawa tetikus anda ke titik yang betul.
Pertama sekali anda klik button 'Pen Tool', anda akan melihat tetikus anda seperti pada gambar rajah sebelah kiri. Dan apabila anda ingin memastikan yang anda boleh menyambung garisan/ titik mula seperti yang saya jelaskan di atas, tetikus anda akan kelihatan seperti pada gambar rajah kanan.
9.
Setelah itu,
Right-click pada tetikus dan pilih ‘Make Selection..’.
10.
Akan muncul
menu seperti berikut, dan Cuma perlu klik ‘Ok’.
11.
Dan pergi ke
‘Select’ dan pilih ‘Inverse’.[NOTE] :Ini bermaksud, anda pada mulanya
telah memilih bahagian dalam gambar. Tetapi setelah anda klik ‘Inverse’,
bermakna anda memilih bahagian luar gambar. Bertujuan supaya anda boleh membuang
bahagian luar gambar yang tidak diinginkan.
12.
Setelah anda
memilih ‘Inverse’, klik butang ‘Delete’ pada keyboard anda. Maka akan
jadi seperti berikut.
14.
Itulah secara
asasnya bagaimana superimpose dilakukan. Untuk tutorial ni, saya buat tak
teliti, sebab nak cepat.
Nanti semasa anda gunakan Pen Tool, hati-hati sikit
supaya nampak lebih kemas. Kalau rasa-rasa nak zoom lebih dekat, anda boleh
tekan butang ‘Z’ pada keyboard dan left-click pada mouse. Sangat mudah bukan?
Selamat mencuba. Kalau ada apa-apa nak tanya, dipersilakan. =)
2 comments:
whoa....bgus2...
Hahaha.. model dia hensem. Tauke sawit.
Post a Comment