
Semestinya kita tidak asing dengan nama-nama seperti hantu, Pontianak, jelangkung, toyol dan sebagainya kan? Tapi kali ini, saya bukan nak membincangkan kewujudan makhluk ini namun nak berkongsi sedikit perkara tentang filem yang dihasilkan yang mana melibatkan aktiviti paranormal. Memeang tak dinafikan bahawa kewujudan syaitan, Iblis dan Jin itu adalah benar. Namun, hantu adalah sekadar jelmaan syaitan dan iblis. Memang benda-benda sebegini tidak asing lagi dalam kehidupan kita bagi kita rakyat Malaysia. Ada yang benar-benar pernah terserempak dengan makhluk sebegini. Tidak kurangnya yang terakam ‘benda’ ini...