Friday, January 16, 2015

TAMAT PENGAJIAN




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum kepada yang membaca entri ni. Agak-agaknya masih sempat untuk ucap selamat datang kepada tahun 2015 kan? Coretan kali ni hanya berbentuk satu perkongsian pengalaman. Jadi, kepada pembaca yang sedang membaca sekarang, jangan baca kalau tak nak masa anda terbuang. Hahaha..

Sesuai dengan tajuk, “Tamat Pengajian” di mana dengan berakhirnya tahun 2014 berakhirlah sesi pengajian saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. 5 Tahun setengah lamanya menimba ilmu, kemahiran, pengalaman, pahit manis dan berbagai lagi perkara saya perolehi sepanjang berada di Institut Pendidikan Guru. Tidak terasa, masa bergerak begitu pantas.

Apa yang boleh saya katakan, tahun 2014 adalah merupakan tahun akhir pengajian saya dan sememangnya sebagai bekas pelajar tahun akhir, semester tujuh dan semester lapan sememangnya mencabar. Banyak sangat benda nak buat. Tapi pengalaman tu semuanya berguna. Antaranya yang saya tak boleh nak lupa ialah sambutan Maulidur Rasul, praktikum, kursus terapi emosi, penghasilan Kajian Tindakan, Penyertaan dalam pertandingan Inovasi Pendidikan, Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan, Kursus Integriti, Bengkel Kesihatan Gigi, Temuduga SPP dan pelbagai lagi. Terasa rohani dan jasmani tu diuji. Kalau tak kuat, boleh jadi stress sangat! Apapun, Allah jualah yang memberi kudrat dan segala kemudahan ke atas urusan yang saya laksanakan. Alhamdulillah semuanya berjaya dilalui dengan jayanya.

Buat rakan-rakan sekelas; Douvis, Elfi, Faten, Felix, Flo, Irene, Sasha, Zul, Atoi, Zaki, Cfa, Tyaa, Rey, Aiyong dan Steff, dan rakan-rakan seperjuangan lain yang mengenali diri ini, mun ktkorg baca entri tok, terima kasih banyak-banyak ngan ktkorg di atas segala kerjasama sepanjang pengajian dan tanpa ktkorg, mungkin tidak terpijak kaki ini ke garisan penamat. Hahaha.. Hanya Allah saja mampu membalas jasa kalian. Tidak lupa juga kepada barisan pensyarah; En Mazlan Hj Junaidi, En John Brodi, Pn Hjh Adibah, En Abuseni dan semua pensyarah yang pernah mencurah ilmu kepada kelas PISMP 1111 Pengajian Sosial, terima kasih di atas kesabaran sepanjang mencurah ilmu kepada kami. Wah.. ni dah macam refleksi ni. Haha..

Akhir kalam, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menamatkan pengajian pada tahun lepas dan tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini. Semoga dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang menuntut di Institut Pendidikan Guru akan saya manfaatkan di sekolah nanti. InsyaAllah.
 
Asslamualaikum wbt.   






Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More